Melampau ! Sekolah anjur program hina Islam sebagai pengganas cetus kontroversi. Drama Hari Kemerdekaan dipersembahkan pelajar sekolah Punjab yang menggambarkan seorang lelaki Islam sebagai pengganas telah mencetuskan perbalahan.
Semasa sambutan Hari Kemerdekaan yang diadakan di kawasan perhimpunan Bhulath dekat Jalandhar di Punjab, pelajar sekolah mengadakan pementasan drama yang didakwa menggambarkan seorang lelaki Islam memakai kopiah sebagai pengganas, sekaligus mencetuskan kemarahan orang ramai.
Kongres menuntut permohonan maaf daripada Parti Aam Aadmi (AAP) dengan mengatakan bahawa pementasan drama itu telah menggambarkan seluruh masyarakat Islam sebagai pengganas.
Terdahulu, pada Isnin, presiden sementara kongres Sonia Gandhi menyasarkan kerajaan pusat dan berkata pihak terbabit cuba memburukkan pemimpin Mahatma Gandhi dan Jawaharlal Nehru untuk meneruskan propaganda politik.
Beliau juga berkata bahawa kerajaan pusat juga cuba memperkecilkan pengorbanan tentera India semasa perjuangan kemerdekaan.
Sumber: India Today
This is a scene from a skit arranged by a Govt school in Bholath, Punjab. Clearly, Muslims projected as terrorists.
Punjab Govt should take strict action against the school staff responsible for choreographing this. Thank you @SukhpalKhaira for bringing it to everybody’s notice. pic.twitter.com/yBzTTYJ0tK
— Jas Oberoi | ਜੱਸ ਓਬਰੌਏ (@iJasOberoi) August 16, 2022
Baca: Pihak Berkuasa India Meroboh Rumah Pendemo Protes Anti-Islam
Kurang ajar ! Mamat India ini sengaja buat provokasi hina Islam
“Orang Islam minda tertutup” Akhbar Cina ini sengaja bangkit sentimen agama