Memalukan ! Dahlah terpalit rasuah LCS, kini filem Tamil pun kutuk Malaysia terkenal dengan rasuah. Dilihat seperti isu rasuah yang berlaku di negara kita dah menjadi perhatian mereka dari negara luar.

Ia dapat disaksikan sendiri apabila ada netizen buat satu perkongsian satu babak daripada sebuah filem dari India yang berjudul ‘Kaduva’ memperlihatkan salah seorang pelakon menyatakan bahawa syarikat dari Malaysia menawarkan rasuah untuk import minyak sawit.
Company dari Malaysia jugak yang diletak dalam dialog pasal rasuah.
Gitu je maruah negara kena pijak. pic.twitter.com/1bmLBh1c3k
— Mohd Arif Juhani (@ArifJuhani) August 11, 2022
Perkongsian itu telah meraih perhatian warganet lain sehinggakan memperoleh lebih daripada 5,770 jumlah perkongsian.
Ada yang menyatakan bahawa, sebenarnya ia bukanlah kali pertama negara Malaysia diberikan gambaran rasuah di mata negara lain, ada juga beberapa babak lain.
Antaranya, salah satu babak daripada permainan video Uncharted 4 : A Thief’s End di mana salah satu watak menjelaskan bagaimana pejabat permit di Malaysia menerima rasuah.
Malah, satu drama berjudul Blacklist juga ada menyebut nama Malaysia beberapa kali apabila ia melibatkan hal pengubahan wang haram, pemerdagangan manusia dan gangsterisme.
Dalam pada itu, ada juga yang meluahkan rasa terkilan dan malu dengan pendedahan tersebut, ada juga menyifatkan ia sebagai satu fakta.- Sumber: Lobak Merah
Baca: Tragis ! Kanak-kanak maut disambar petir ketika berbual ditelefon sambil mengecas
Kes ‘Ustaz’ rogol remaja, Wanita ini Dedahkan taktik licik perbuatan memalukan tersebut
Kes ‘Ustaz’ rogol remaja, Wanita ini Dedahkan taktik licik perbuatan memalukan tersebut