Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Menakutkan ! Kisah ngeri ini jadi sebab kenapa kena berhati-hati berkawan di media sosial..

BAHAYAMEDIASOSIAL

Menakutkan ! Kisah ngeri ini jadi sebab kenapa kena berhati-hati berkawan di media sosial…Ibu bapa mana yang tidak sedih apabila mendapat perkhabaran buruk mengenai anak gadis mereka yang selama ini hilang rupa-rupanya telah dibunuh dengan kejam.

Lebih memilukan, mayat anak mereka ditemukan dalam keadaan yang amat menyedihkan di sebuah tapak pelupusan sampah dengan anggota badannya dikerat 14!

Kejadian ngeri yang berlaku di Amerika Syarikat tersebut sebenarnya berlaku ke atas seorang wanita berumur 24 tahun, Sydney Loofe yang dikatakan bernasib malang hanya kerana tersilap memilih pasangan melalui aplikasi Tinder.

Dikongsikan oleh naufalantezem (@NaufalAntezem) melalui siri bebenang ciapan di akaun Twitternya, berikut merupakan kisah pembunuhan kejam Sydney Loofe yang boleh dijadikan iktibar buat anak-anak gadis di Malaysia agar sentiasa berwaspada dengan kewujudan kumpulan fahaman ganas dan juga pencari jodoh psiko yang mungkin masih ramai berada di luar sana.

Psiko

Siapa yang suka swipe swipe Tinder lepas tu keluar dengan date Tinder dia tu tanpa usul periksa? Ni aku ada satu cerita tentang perempuan kena kerat 14 lepas keluar dengan Tinder date dia. Ni cerita betul tau berlaku di USA tahun 2017. Jadikan pengajaran.

Kisahnya begini…

Kes ni agak panjang kisahnya tapi aku cuba ringkaskan. Mangsa (dalam gambar) Sydney Loofe keluar berjumpa dengan padanan Tindernya, Audrey. Sydney sempat berkongsi gambar Audrey kepada kawan-kawan. Tetapi anehnya, Sydney tak dapat dihubungi selepas pertemuan tersebut.

Ibu dan ayah Sydney singgah ke rumah Sydney dan hanya jumpa kucing Sydney dalam keadaan terbiar menandakan Sydney memang tak balik ke rumah agak lama. Jadi hebahan kehilangan Sydney dibuat dan fokus penyiasatan tertumpu kepada pasangan Tinder Sydney, Audrey.

Suspek

Siasatan mendapati Audrey yang dimaksudkan adalah seorang wanita berusia 23 tahun dengan nama sebenar, Bailey Boswell yang juga tinggal bersama teman lelakinya, Aubrey Trail di Wilber. Mereka berdua terus dijadikan orang yang paling utama dalam siasatan kehilangan Sydney.

Didapati Bailey (Audrey) mempunyai telefon dan rangkaian yang lain. Segala komunikasi antara Bailey dengan Sydney adalah melalui talian tersebut. Bailey dan Aubrey ni pasangan bermasalah dengan fantasi seks yang luar normal. Aubrey dalam keterangan nyatakan pembunuhan dapat beri kuasa.

Kerat 14

Mayat Sydney dijumpai pada 4 Disember di tapak pelupusan sampah. Tetapi mayat bukanlah dalam keadaan sempurna. Mayat Sydney dikerat kepada 14 bahagian dengan kesan koyakan pada bahagian telinga, lebam pada pergelangan tangan. Beberapa organ dalam Sydney hilang.

Ketagihan pasangan Bailey dan Aubrey kepada hubungan seks berkumpulan luar normal sangat menakutkan. Mereka memang sengaja cari mangsa yang mudah diperdaya dan Sydney adalah ‘calon’ yg tepat. Sydney tinggal jauh dari keluarga dengan harapan tiada sesiapa sedar kehilangan Sydney.

Tetapi oleh sebab Sydney rapat dengan keluarga, jarak 3 jam perjalanan antara Sydney dengan ibu bapanya bukanlah suatu halangan. Aubrey dan Bailey telah silap langkah. Juga terdapat rakaman CCTV merakamkan pasangan ini beli alatan pelupusan sebelum pertemuan bersama Sydney.

Perbicaraan

Waktu bicara, pasangan ni banyak pusing-pusing, tipu-tipu cerita. Sehinggalah pada satu tarikh bicara, Aubrey bertindak agresif ketika testimoni dan bertempik dalam mahkamah sebelum mengelar lehernya sendiri dengan pisau. Perbicaraan ditangguhkan buat beberapa ketika.

Sehinggalah akhirnya kedua-dua mereka didapati bersalah atas kesalahan membunuh Sydney. Sydney disahkan bergelut sebelum kematiannya. Kemudian dipotong sebelum dibuang.

adi nak keluar dengan org yang baru jumpa tu, fikir banyak kalilah ya. Lebih baik berhati-hati sebelum perkara yang tak dingini jadi. – KampungMamak

Baca: “Ajak onani bersama” Pensyarah gila s3ks buat soalan kaji selidik lucah terhadap pelajar

Dah tak ada tempat lain nak buat ‘projek’ ke? Pasangan ini selamba biarkan orang lain tonton aksi memalukan tersebut

[Video] Kejam ! Tentera potong kemaluan tahanan guna pisau pemotong

Share This Story

Berita Berkaitan