Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Mohon sekarang ! Bantuan kerajaan sepanjang bulan Ogos 2022

Mohon sekarang ! Bantuan kerajaan sepanjang bulan Ogos 2022

Mohon sekarang ! Bantuan kerajaan sepanjang bulan Ogos 2022. Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan.

Oleh itu, berikut adalah senarai bantuan-bantuan kerajaan yang akan dilaksanakan pada bulan Ogos 2022:

Mohon sekarang  Bantuan kerajaan sepanjang bulan Ogos 2022

Program Peranti Siswa Fasa ke-2

Mohon sekarang  Bantuan kerajaan sepanjang bulan Ogos 2022

Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah sebuah inisiatif untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kategori keluarga B40.

Bagi permohonan program ini bagi Fasa ke-2, ia akan dibuka bermula pada 01 Ogos 2022 sehingga 30 September 2022. Permohonan boleh dikemukakan di Sistem Permohonan PerantiSiswa

Bantuan-bantuan Bulanan JKM

Mohon sekarang  Bantuan kerajaan sepanjang bulan Ogos 2022

Bagi mereka yang telah diluluskan permohonan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pembayarannya akan dilaksanakan dari 01 hingga 10 Ogos 2022. Antara bantuan-bantuan yang terlibat adalah seperti Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Bantuan Anak Pelihara (BAP), Bantuan Am Persekutuan, Bantuan Warga Emas (BWE) dan sebagainya.

Jumlah bayaran pula adalah antara RM100 hingga RM1,000 mengikut ketetapan setiap skim bantuan. Untuk senarai penuh bantuan-bantuan bulanan JKM, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM.

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Mohon sekarang  Bantuan kerajaan sepanjang bulan Ogos 2022

BMT adalah bantuan kewangan sebanyak RM600 yang dibayar secara dua fasa (RM300 setiap fasa) oleh RISDA kepada mereka yang berkelayakan. Permohonan BMT masih dibuka dan akan ditutup pada 15 September 2022.

Maklumat lanjut berkenaan BMT boleh dirujuk di Portal Rasmi RISDA atau DI SINI.

Bantuan Bil Air Percuma

Mohon sekarang  Bantuan kerajaan sepanjang bulan Ogos 2022

Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah sebuah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor. Melalui inisiatif ini, mereka yang berkelayakan boleh menerima manfaat 20 meter padu air percuma.

Permohonan SADE dibuka sepanjang tahun sehingga tahun 2024. Maklumat lanjut berkenaan SADE boleh dirujuk di Portal Air Selangor

Baca: Mohon sekarang ! Bantuan Pendidikan sehingga RM1000 untuk pelajar B40 ke IPT

Dibuka Hari Ini ! Bantuan Tablet PERCUMA Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia 2022

Mohon sekarang ! Bantuan Pengangkutan Awam Kerajaan MY50 untuk diskaun yang sangat murah

—————————————————————————

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di

Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Share This Story

Berita Berkaitan