Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Mohon sekarang ! Bantuan Pendidikan sehingga RM1000 untuk pelajar B40 ke IPT

Mohon sekarang ! Bantuan Pendidikan sehingga RM1000 untuk pelajar B40 ke IPT

Mohon sekarang ! Bantuan Pendidikan sehingga RM1000 untuk pelajar B40 ke IPT . Terdapat pelbagai bantuan dan insentif yang disediakan bagi pelajar B40 atau dari keluarga miskin, menjelang kemasukan ke IPT tak lama lagi.

Antaranya ialah bantuan Insentif KEJORA Bakti Siswa 2022.

Mohon sekarang ! Bantuan Pendidikan untuk pelajar B40 ke IPT

Apakah KEJORA Bakti Siswa?

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) menyediakan insentif kecemerlangan kepada anak-anak daripada keluarga miskin tegar / miskin / B40 dalam Wilayah KEJORA bagi lepasan SPM atau STPM yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam atau Swasta di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan melalui Program KEJORA Bakti Siswa.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Penduduk Wilayah KEJORA, pemohon yang menetap di luar Wilayah KEJORA adalah tidak dibenarkan.
  • Keutamaan bagi keluarga yang disahkan sebagai miskin tegar / miskin / berpendapatan rendah (B40).
  • Pemohon lepasan SPM atau STPM tahun semasa atau sekurang-kurangnya satu tahun sebelumnya
  • Berjaya dan bersetuju melanjutkan pengajian di IPT Awam atau Swasta yang ditawarkan sama ada peringkat diploma atau ijazah sarjana muda pada tahun semasa permohonan.
  • Had umur pemohon semasa permohonan dibuat :

    i. Peringkat Diploma : 18 hingga 20 tahun.
    ii. Peringkat Ijazah Sarjana Muda : 20 hingga 25 tahun.

    Kadar Insentif KEJORA BAKTI SISWA

    Diploma : RM 500.00
    Ijazah Sarjana Muda : RM 1,000.00

    PERINGKAT DIPLOMA

    Permohonan dibuka untuk lepasan SPM / SPMV. Tempoh sah laku adalah setahun dari tarikh keputusan dikeluarkan.

    PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA

    Permohonan dibuka untuk lepasan STPM / STAM atau Diploma dan merupakan pelajar tahun pertama yang melanjutkan pengajian di IPTA / IPTS (menerima surat tawaran melanjutkan pengajian).

    Cara Permohonan

    Secara dalam talian melalui platform ‘Google Form’: <strong>KLIK SINI
    Pemohon juga boleh hadir ke Pejabat KEJORA bagi mendapatkan Borang Permohonan KEJORA Bakti Siswa.

    Tarikh Permohonan

    1 Julai 2022- 31 Disember 2022

    Maklumat Lanjut
    Sebarang pertanyaan sila hubungi:

    Encik Amir Hafizal – 07 882 3086
    Cik Norniza – 07 882 3085
    Untuk Senarai Penuh Biasiswa 2022/2023 KLIK SINI!!

    Baca: Dibuka Hari Ini ! Bantuan Tablet PERCUMA Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia 2022

    Cara Mohon Bantuan Tablet PERCUMA di bawah Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia 2022

    Berita Baik ! Cara Claim Duit Bantuan Perkeso Untuk Yang Dapat Cuti Sakit

    —————————————————————————

    Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di

    Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
    Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
    Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
    Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
    Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

    Share This Story

    Berita Berkaitan