Mutu Pengangkutan Awam di Melaka tak cukup baik – TYT Melaka. Mutu pengangkutan awam di negeri ini perlu ditambah baik sebagai sebuah negeri pelancongan, kata Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.
Menurut beliau, selain mutu perkhidmatan, kerajaan negeri juga dicadang untuk mempelbagaikan mod pengangkutan di negeri ini bagi menarik minat orang ramai menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan.
“Pemerhatian saya, kebanyakan pelancong cenderung memilih menaiki kenderaan sendiri. Oleh yang demikian, kerajaan negeri perlu menarik minat orang ramai menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan dengan menambah baik mutu perkhidmatan ditawarkan.
“Justeru saya mencadangkan agar kebolehcapaian pelbagai mod pengangkutan khasnya pengangkutan awam ditambah baik supaya semua lapisan masyarakat termasuk kemudahan warga emas, ibu mengandung dan anak-anak dapat diberi perhatian.
“Selain itu, jumlah laluan dan frekuensi bas dapat ditingkatkan agar tempoh menunggu dan akses laluan lebih relevan sesuai dengan kehendak pengguna,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2022 sempena Sambutan Hari Jadi Ke-73 Tuan Yang Terutama di Balai Istiadat Seri Negeri, hari ini.
Mengulas lanjut, Tun Mohd Ali turut mencadangkan agar pengangkutan mikro mobiliti dijadikan antara mod pengangkutan di negeri ini.
Justeru, beliau berkata, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) harus memudah cara penggunaan teknologi tersebut di Melaka.- Melakahariini
Baca: Isu buli : Pihak polis akan adakan ‘Spot-check’ besar-besaran di beberapa sekolah asrama di Melaka
Video kebakaran malam tadi di Bukit Baru, Melaka. Lelaki jadi ‘superhero’ selamatkan ibu dan kakak
Lima beradik mati keracunan di Melaka, ini cerita sebenar yang berlaku