Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Najib dapat layanan VIP di penjara ? Ini jawapan dari Jabatan Penjara

KAJANG

Najib dapat layanan VIP di penjara ? Ini jawapan dari Jabatan Penjara. Beberapa hari ini tular mengenai dakwaan Dato Seri Najib Razak yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Sejak didapati bersalah pada Selasa lalu, pelbagai cerita timbul dan pelbagai dakwaan mula tumbuh. Antara yang hangat diperkatakan adalah Najib dapat layanan VIP di Penjara Kajang.

Kajang
Penjara Kajang

Dakwaan Najib dapat layanan VIP itu hadir melalui sebuah akaun di Twitter dan Facebook yang menyatakan bahawa Najib akan ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai keluasan yang besar dengan disediakan segala kelengkapan seperti sebuah bilik.

Selain luasnya yang berbeza, sel yang diduduki oleh Najib juga jauh daripada banduan ‘biasa’ yang lain. Boleh dikatakan, Najib duduk dipenjara, tetapi dilayan seperti berada di hotel.

Persoalannya, adakah dakwaan Najib mendapat layanan istimewa di penjara yang tumbuh dan telah tersebar luas ini benar?

Memetik laporan The Star, Jabatan Penjara telah mengeluarkan satu kenyataan yang menafikan segala dakwaan palsu yang bermain di media sosial mengenai layanan terhadap bekas perdana menteri keenam tersebut. Kata pihak penjara, sejak Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman terhadap Najib, tiada layanan istimewa yang diberikan oleh pihak Penjara Kajang kepada Najib.

Jabatan Penjara dalam satu catatan di Facebook meminta orang ramai untuk berhenti membuat sebarang spekulasi mengenai perkara yang tidak benar apa lagi hanyalah khabar angin. “Berhenti sebarkan maklumat palsu,” kata jabatan itu. Tambah pihak penjara lagi, tiada kemudahan penjara khas untuk VIP di Penjara Kajang, manakala gambar yang tular didakwa sebagai sel VIP juga sebenarnya adalah tidak benar.

Selasa lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib, yang didapati bersalah menggelapkan RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd. Susulan itu, Najib telah dibawa ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman. Media sosial sejak itu dibanjiri komen daripada netizen yang bersimpati dengan nasib yang menimpa bekas perdana menteri itu, serta kemungkinan dia menerima layanan istimewa di penjara.

Selain itu, hari ini merupakan penampilan pertama Datuk Seri Najib Tun Razak selepas dua hari menjalani hukuman penjara 12 tahun. Beliau tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 8.27 pagi. Ahli Parlimen Pekan tersebut menghadapi perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion bermula hari ini.

Beliau dilihat dibawa menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam dan diiringi pihak polis dan Jabatan Penjara.Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama. – The Vocket

Baca: Walapun dipenjara, Najib Razak masih popular

Mutu Pengangkutan Awam di Melaka tak cukup baik – TYT Melaka

Mesej terakhir Najib ini buat netizen sebak

Share This Story

Berita Berkaitan