Nenek ni buat aksi ‘Terlampau’ bukan sekali tapi empat kali……. Seorang nenek berusia 93 tahun dari Britain melengkapkan aksi berjalan di atas sayap pesawat yang sedang terbang buat kali kelima, sekali gus membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai cabaran, lapor akhbar Metro UK kelmarin.
Aksi tersebut memerlukan keberanian tinggi untuk memanjat sayap pesawat, diikat dengan abah-abah dan berdiri ketika pesawat melakukan pernerbangan aerobatik di udara.
Namun, aktiviti itu bukan perkara yang baharu buat Betty Bromage kerana dia telah melakukannya sebanyak empat kali sebelum ini bagi mengumpul dana untuk badan amal, Sue Ryder.
Diilhamkan oleh sebuah iklan bar coklat di televisyen, warga emas berkenaan mengambil bahagian dalam sukan ekstrem itu pada usia 87 tahun walaupun mengalami radang sendi pada lehernya.
“Anda tidak akan tahu apa yang mampu dilakukan sehinggalah anda mencuba.
“Saya berusia lewat 80-an ketika kali pertama mencuba aktiviti seumpama ini. Sebelum itu, aktiviti paling berbahaya yang pernah saya lakukan adalah menunggang kuda,” katanya. – KOSMO
BACA: Mohon sekarang ! Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMA | SKIPMA MARA
Seram ! Upacara Ma’Nene tradisi pelik di Indonesia ini masih lagi diamalkan di sana
Membimbangkan ! 61 peratus belia bawah 22 tahun lakukan seks buat pertama kali secara aktif