“Orang Islam minda tertutup” Akhbar Cina ini sengaja bangkit sentimen agama. Tindakan sebuah portal berita melaporkan kajian saintis yang menggunakan kolagen kulit babi bagi menghasilkan selaput mata untuk merawat golongan buta baru-baru ini telah mendapat perhatian netizen yang kebanyakannya meninggalkan komen menyindir orang Islam.
Laporan yang dikeluarkan portal berita Mandarin, Sin Chew Daily itu mendapat reaksi netizen yang majoritinya menyindir konsep halal bagi orang Islam.
Perkara ini telah mendapat teguran daripada pendakwa bebas Firdaus Wong yang menyatakan bagaimana sebuah laporan berita yang tiada kaitan dengan muslim atau Islam telah membangkitkan sindiran terhadap orang Islam.
“Apakah mereka beranggapan bahawa tiada Muslim yang tahu membaca Bahasa Cina?
“Apakah mereka ingat apabila menulis dalam Bahasa Cina maka tiada Muslim yang faham atau mereka tidak kisah pun,” katanya melalui hantaran Facebook miliknya.
Firdaus berkata apabila muslim memberi respon atau membalas sindiran dituduh muslim terlalu sensitif ‘close minded’ dan tak boleh bergurau.
Hantaran Firdaus itu mendapat reaksi dan komen muslim mengenai kebimbangan mereka terhadap sentimen Islam yang dimainkan yang boleh mencetuskan kebencian yang melampau
Beliau juga turut memetik ayat dari Surah A-li’Imraan “Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.”
(A-li’Imraan 3:118)
Sumber: Facebook Firdaus Wong
Baca: Kurang ajar ! Mamat India ini sengaja buat provokasi hina Islam
[Video] Mana menteri agama ! Dulu Sajat kini perempuan berlagak lelaki pula hina Islam di Mekah
Viral video hina solat, rupanya ini wanita disebalik topeng tersebut