Orang Melaka dah boleh ‘claim’ yang anak jati Melaka ini memang power ! Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan beregu badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang muncul juara pada Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun, hari ini.
Katanya, kejayaan itu sungguh membanggakan untuk Malaysia dan juga Negeri Melaka memandangkan Aaron Chia merupakan anak kelahiran negeri ini.
Katanya, kejayaan itu juga dianggap sebagai hadiah istimewa menyambut Hari Kebangsaan, 31 Ogos ini.
“Tentu sekali, seluruh rakyat Malaysia tumpang gembira dengan berita kejayaan pasangan berkenaan, lebih-lebih lagi buat Aaron Chia yang berasal dari bumi bertuah, Melaka.
“Tahniah anak muda, anda berdua adalah wira sejati rakyat Malaysia. Inilah hadiah terbaik untuk menyambut Hari Kebangsaan,” katanya.
Baca : Amaran ribut petir seluruh negeri
Belum perang dah rosak ! Lemahh….
Parkir kereta Hospital Melaka yang baharu akan dipindahkan ke lokasi ini