Padah beri bayi hisap vape lelaki ini terima akibat. Seorang peniaga burger yang meletakkan alat menghisap vape di mulut bayi perempuan berusia enam bulan, direman selama lima hari, bermula hari ini.
Perintah reman terhadap suspek yang berusia 23 tahun itu dikeluarkan Majistret, R. Salini, di Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini.
Suspek yang berpakaian hitam, sebelum itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 8.30 pagi.
Semalam, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid memaklumkan, suspek ditahan polis ketika dipanggil untuk memberi keterangan pada jam 12.45 tengah hari, semalam.
Polis menerima laporan kejadian oleh ibu bayi berkenaan pada jam 2.56 petang, Sabtu lalu.
“Menurut laporan tersebut, pengadu sedang makan di sebuah restoran di Bandar Baru Uda bersama anaknya iaitu bayi berkenaan, adik perempuan dan rakan lelaki adik perempuannya yang merupakan suspek dalam kejadian tersebut.
“Suspek yang sedang memangku bayi berkenaan ketika itu secara tiba-tiba meletakkan vape yang tidak berfungsi di mulut bayi manakala kejadian dirakam adik perempuan pengadu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Dalam video berdurasi 16 saat itu, kelihatan lelaki berkenaan meletakkan vape di mulut bayi itu sambil ketawa kecil selain turut kedengaran suara wanita seolah terhibur dengan tindakan lelaki terbabit.- Berita Harian
“B0d0h !” Tindakan bapa terhadap bayi ini undang kecaman teruk netizen
Kematian mengejut, doktor ini nasihat elak lakukan 3 perkara ini pada bayi
—————————————————————————
Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9