Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Para Mufti kesal dengan kerajaan hari ini yang gagal…

MUFTIKESALKERAJAAN

Para Mufti kesal dengan kerajaan hari ini yang gagal….Tiga orang mufti di Malaysia sebulat suara menggesa dan mewajibkan kerajaan untuk mengharamkan penglibatan orang Islam dalam perkhidmatan minuman keras.

Para Mufti kesal dengan kerajaan hari ini yang gagal...
Foto: Dari kiri, Mufti Negeri Pulau Pinang, Dato’ Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Nor, Mufti Pahang, Dato’ Sri Dr. Hj. Abdul Rahman Hj. Osman, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.
  • Tiga orang mufti di Malaysia sebulat suara menggesa dan mewajibkan kerajaan untuk mengharamkan penglibatan orang Islam dalam perkhidmatan minuman keras.
  • Pendirian mereka berasaskan kepada pengharamannya secara mutlak menerusi firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah: 90 yang bermaksud; “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
  • “hendaklah kamu menjauhinya” merupakan arahan supaya jauhkan diri dari arak adalah lebih kuat daripada tegahan meminumnya.
    Pekerja Muslim yang tidak mahu terlibat dalam mengendalikan arak sewaktu bekerja sepatutnya dipelihara haknya kerana ia manifestasi beragama berdasarkan dalil dalam ajaran Islam.
  • Kerajaan sepatutnya memberi keutamaan dalam perkara ini dan sekali gus merangka dasar selain melindungi hak-hak pekerja muslim.
  • Mufti Pulau Pinang,Datuk Seri Dr Wan Salim turut meluahkan rasa kesal kerana hingga kini negara masih belum memiliki sebarang polisi atau undang-undang yang melarang majikan daripada mendiskriminasi hak pekerja muslim.
  • Tiga orang mufti di Malaysia sebulat suara menggesa dan mewajibkan kerajaan untuk mengharamkan penglibatan orang Islam dalam perkhidmatan minuman keras.

    Pandangan senada itu dikeluarkan Mufti Negeri Pulau Pinang, Dato’ Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Nor serta Mufti Pahang, Dato’ Sri Dr. Hj. Abdul Rahman Hj. Osman di mana ia dibangkitkan terlebih dahulu oleh Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin pada awal tahun ini.

    Terdahulu, The Merdeka Times melaporkan Jabatan Mufti Perlis memohon Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) agar membuat polisi yang jelas bagi melarang mana-mana syarikat perniagaan atau perkhidmatan membabitkan pekerja muslim dalam urusan penjualan atau perkhidmatan arak.

    Pendirian mereka berasaskan kepada pengharamannya secara mutlak menerusi firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah: 90 yang bermaksud;

    “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

    SURAT 1

    Menurut Mufti Pahang, “hendaklah kamu menjauhinya” merupakan arahan supaya jauhkan diri dari arak adalah lebih kuat daripada tegahan meminumnya. Hal ini kerana tegahan sahaja tidak termasuk tegahan lain yang berkaitan dengannya, seperti melayan seseorang minum, membeli atau menjualnya.

    Sementara, arahan menjauhinya pula bermaksud, amaran supaya menjauhi segala perkara yang berkaitan dengan arak, termasuk minum dan sebagainya.

    Menurut mereka, para pekerja Muslim yang tidak mahu terlibat dalam mengendalikan arak sewaktu bekerja sepatutnya dipelihara haknya kerana ia adalah sebuah manifestasi beragama berdasarkan dalil dalam ajaran Islam.

    SURAT 1

    Mufti Pulau Pinang,Datuk Seri Dr Wan Salim turut meluahkan rasa kesal kerana hingga kini negara masih belum memiliki sebarang polisi atau undang-undang yang melarang majikan daripada mendiskriminasi hak pekerja muslim.

    Tegas mereka, kerajaan sepatutnya memberi keutamaan dalam perkara ini dan sekali gus merangka dasar selain melindungi hak-hak pekerja muslim.- The Merdeka Time

    Baca: Dakwa kuliah Subuh bising lelaki mengamuk rampas mikrofon penceramah

    [Video] Melampau ! Lagi video orang hina Islam kali ini mempermainkan solat pula

    Kes ‘Ustaz’ rogol remaja, Wanita ini Dedahkan taktik licik perbuatan memalukan tersebut

    Share This Story

    Berita Berkaitan