Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Parkir kereta Hospital Melaka yang baharu akan dipindahkan ke lokasi ini

Parkir kereta Hospital Melaka yang baharu akan dipindahkan ke lokasi ini. Kerajaan Melaka bercadang membawa masuk teknologi perubatan dari Turkiye bagi rawatan diabetes dan obesiti iaitu pembedahan diabetik, menerusi penglibatan hospital swasta di negeri ini.

Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata teknologi perubatan itu juga dilihat mampu merawat dan mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan penduduk selain memberi nilai tambah kepada produk pelancongan kesihatan.

“Di negeri ini terdapat banyak hospital yang boleh menggunakan teknologi berkenaan, mungkin doktor tempatan boleh dihantar ke negara itu untuk berlatih melakukan prosedur tersebut seterusnya mengguna pakai teknologi itu di Melaka.

“Ini juga secara tidak langsung dapat menarik lebih ramai kunjungan dari luar negara bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan di sini, selaras dengan hasrat kerajaan negeri menjadikan Melaka sebagai pusat pelancongan kesihatan,“ katanya kepada pemberita di Ayer Keroh di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pembedahan Diabetik antara syarikat Star Medik dan Persatuan Diabetes Cawangan Melaka.

Dalam pada itu, Muhamad Akmal berkata mulai 1 Okt ini tempat meletak kenderaan berpusat bagi pelawat ke Hospital Melaka akan mula dilaksanakan di Taman 1 Lagenda di sini.

Menurutnya satu notis pemakluman berhubung pelaksanaan itu akan dikeluarkan pada September dan pelawat yang mahu pergi ke Hospital Melaka perlu meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan seterusnya menggunakan perkhidmatan bas ulang-alik dikendalikan pihak Panorama.

“Kira-kira 800 petak parkir termasuk di kemudahan bertingkat sedia ada di Hospital Melaka akan dikhaskan kepada warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan kakitangan bertugas di bahagian kecemasan sahaja,“ katanya.-Bernama

Baca : Siapa wanita yang berani humban Najib ke penjara ini ?

Terlibat 13 pertuduhan rasuah di Mahkamah, pemimpin UMNO ini sekali lagi masuk hospital

Remaja sekarang dah ‘gila’, sanggup bunuh teman wanita yang minta putus hubungan !

Share This Story

Berita Berkaitan