Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Parlimen akan bubar jika pengundi sokong BN – Ismail Sabri

SOKONGBN

Parlimen akan bubar jika pengundi sokong BN – Ismail Sabri. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau akan membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya laporan mengenai kajian sikap pengundi oleh Wanita Barisan Nasional (BN), memihak kepada gabungan itu.

“Bukan saya tak percaya pada yang lain, tetapi laporan kajian oleh wanita ini memang selalunya tepat, dan jika saya terima laporan lengkap kajian sikap Wanita (BN) yang mengatakan BN akan menang (PRU15) saya akan bubarkan Parlimen,” katanya pada sesi Bicara Hati Perdana Menteri pada Konvensyen Wanita BN semalam.

Parlimen akan bubar jika pengundi sokong BN - Ismail Sabri

Ismail berkata beliau mempertanggungjawabkan Wanita BN untuk menjalankan kajian sikap itu bukan hanya kepada penyokong BN tetapi juga penyokong gabungan lain dan pengundi atas pagar.

Langkah ini katanya bagi mengetahui kekuatan BN pada PRU15 dan memastikan gabungan itu menang dan memerintah kerajaan sepenuhnya.

“Sebab itu, saya bagi tanggungjawab pada Wanita komponen juga untuk lakukan kajian sikap ini, bukan hanya Wanita Umno, kerana tujuan kita PRU kira nak menang dan memerintah, jika laporan meyakinkan, saya akan berbincang dengan top five untuk bubarkan Parlimen,” katanya pada sidang media selepas sesi Bicara Hati Perdana Menteri itu.- MALAYSIANOW

BACA: Banyak parti Melayu itu bagus – Dr Mujahid Yusof

Trend Terbaharu TikTok ni nampak macam kelakar tetapi sebenarnya bahaya !

Kurang ajar ! Mamat India ini sengaja buat provokasi hina Islam

Share This Story

Berita Berkaitan