Pelajar beri ‘hint’ dalam karangan peperiksaan sebelum maut dalam kemalangan. Danial Danish Mohd Ali nampaknya tahu apa yang akan berlaku tiga hari sebelum dia maut dalam kemalangan ngeri.
Pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati itu nampaknya mempunyai firasat mengenai percutian keluarganya bertukar tragedi, seperti yang ditulis dalam karangannya ketika peperiksaan pada Rabu lalu.
Dalam karangan Bahasa Melayu itu, Danial menceritakan keluarganya menghadapi masalah kereta di jalan raya.
Nahas yang meragut empat nyawa, termasuk pelajar Tingkatan Dua, Danial Danish Mohd Ali di Lebuhraya Pantai Timur pada Sabtu lalu.
Karangan itu mengandungi butiran termasuk “keluarga saya telefon ‘towing’”, “kereta itu ‘total lost’”, “ada kereta merempuh kereta keluarga saya”.
Paling ketara, dia menulis; “…dan kita orang duduk di tempat rehat dari pukul 6 petang sampai 3 pagi di tempat rehat. Ketika itu saya bosan menunggu towing ambil kita orang…”.
Danial bersama datuk dan neneknya, Mohamed Samsudin, 75, serta Kamariah Hamzah, 72, meninggal dunia Sabtu lalu, selepas sebuah lori terbabas ke lorong kecemasan di Lebuhraya Pantai Timur dan melanggar sebuah trak penunda yang sedang menunda kereta dinaiki keluarga itu.
Tangkap layar karangan Danial Danish di laman Facebook bapa saudaranya, Azreen Mohamad.
Dalam kemalangan 3.10 pagi itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) yang membawa tujuh individu lain, terhumban ke gaung sedalam 20m.
Pemandu trak penunda, Mohd Azuan Zainal Abidin, 53, turut terbunuh dalam nahas itu.
Difahamkan, pada malam kemalangan itu berlaku, guru Danish sedang menanda karangan pelajar, termasuk kertasnya.
Selepas mendapat tahu tragedi itu keesokannya, guru terbabit menyemak semula karangan Danial dan terkejut dengan kandungannya.
Ibu saudara Danial, Azlina Mohamad memberitahu FMT, dia tergamam melihat butiran dalam karangan anak saudaranya.
“Karangan arwah (Danial) mengejutkan saya. Saya tidak tahu apa yang boleh saya katakan mengenainya,” kata pembantu tadbir berusia 44 tahun itu.
Tangkap layar karangan sepanjang 159 patah perkataan itu dikongsi bapa saudara Danial di Facebook.
Azreen Mohamad menulis pada Isnin lalu: “Dapat SS (tangkap layar) karangan anak buah yang meninggal, karangan yang ditulis seolah-olah menceritakan hal sebelum kemalangan sebenar berlaku, mungkin isi karangan kebetulan mirip kejadian sebenar, semoga syurgalah tempat kamu, wahai Muhammad Danial Danish.”
Ibu Danial, abangnya dan tiga sepupunya masih dirawat di unit rawatan rapi Hospital Temerloh.
Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9.
Baca : Tun M dimasukkan ke IJN, positif Covid
R*gol dan bunuh gadis bawah umur dikawasan perkuburan, tiga lelaki berdepan hukuman berat