Pelajar pecah gegendang telinga dibelasah di sekolah. Budaya buli di sekolah seakan dipandang remeh dan dianggap perkara biasa, lebih-lebih lagi bagi pelajar yang tinggal di asrama. Walau banyak didedahkan di media sosial tetapi rasa takut pada pembuli tidak pernah habis.
Terbaru, tiga pelajar lelaki mendakwa menjadi mangsa buli dan pukul oleh sekumpulan senior di sebuah sekolah menengah kebangsaan berasrama di Bandar Kemaman, Terengganu pada 23 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, ketiga-tiga pelajar terbabit membuat laporan polis pada 27 Ogos iaitu empat hari selepas kejadian itu berlaku.
Menurutnya lagi, laporan pertama dibuat oleh pelajar berusia 14 tahun yang mendakwa dipukul sekumpulan pelajar senior sehingga menyebabkan gegendang telinga sebelah kanan pecah serta lebam di badan.
Akibat rasa tidak puas hati dilapor hisap vape pada guru, menurutnya lagi, kejadian tersebut dipercayai berlaku akibat rasa ketidakpuasan hati pelajar senior terbabit selepas mangsa dikatakan mengadu kepada guru kegiatan menghisap vape.
“Sehingga jam 3.30 petang ini, seramai 11 pelajar berusia antara 13 hingga 16 tahun yang tinggal di sekitar Bandar Chukai ditahan.
Ditahan serta disiasat mengikut Seksyen 147 KK dan Seksyen 325 KK
Susulan kejadian itu, beliau berkata kesemua mereka yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.
Tambahnya, beliau berharap agar pihak pengurusan sekolah dapat memantai dan mengawasi kejadian seumpama itu supaya tidak akan berlaku lagi.
“Kita juga berharap pihak sekolah segera melaporkan kepada polis sebaik berlaku sesuatu kejadian buli sebegini,” katanya. -HarianMetro
Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9