‘Pembunuh dalam diam’ Doktor ini jelaskan penyakit ini boleh kena pada sesiapa sahaja. Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.
Doktor mengklasifikasikan penyakit ini sebagai The Silent Killer disebabkan penyakit ini boleh berlaku tanpa sedar. Dalam ertikata lain walaupun seseorang itu tidak gemuk atau badan fit, rajin bersenam dan jarang sakit namun ia boleh juga kena pada seseorang itu.
Video penuh:
@dronnakbarali Q&A: Badan kurus & fit, tak mungkin boleh kena strokeJangan lupa follow like dan share.#DrOnnAkbarAliSharing #pakarjantung #trending #medicaltiktok #fyp #kencingmanis #stroke #darahtinggi ♬ original sound – onnakbarali
Sumber : Tiktok Dr.Onn Akbar Ali
Baca: Pakar Kesihatan beri amaran ‘pandemik’ terbaharu bakal melanda rakyat Malaysia
Bahaya tahan untuk buang air besar ini kesan negatif yang pakar kesihatan kongsikan