Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Pesawat berbunyi aneh sebelum terhempas

Pesawat berbunyi aneh sebelum terhempas

Pesawat berbunyi aneh sebelum terhempas. Seorang saksi yang tinggal berhampiran lokasi kejadian pesawat terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Sungai Rokam, Medan Gopeng di sini malam tadi terkejut apabila mendengar bunyi aneh sebelum melihat sebuah pesawat terbang pada paras rendah.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Wan, 41, berkata dia yang baru selesai mengisi minyak di sebuah stesen minyak berhampiran melihat pesawat itu melanggar tiang lampu berhampiran kunci air.

Pesawat berbunyi aneh sebelum terhempas
Gambar: MalaysiaGazette

“Pesawat tersebut dilihat terbang pada paras rendah lalu terhempas melanggar tiang tersebut. Susulan daripada itu saya membuat pusingan U dan pergi melihat keadaan pesawat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, penduduk sebuah rumah berhampiran yang hanya dikenali sebagai Haizad berusia 22 tahun berkata dia terdengar bunyi hentaman yang kuat ketika sedang berada di rumah ketika kejadian sekitar 7 malam.

“Saya tidak terus keluar ke rumah kerana menyangkakan kemalangan biasa sehinggalah kawan saya memaklumkan melalui WhatsApp berkenaan ada pesawat terhempas, selepas melihat gambar barulah sedar kejadian sangat dekat dengan rumah,” katanya.

Seorang jurulatih penerbangan, Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, dari Semenyih, Selangor maut manakala seorang lagi Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, dari Bukit Damansara, Kuala Lumpur cedera dalam nahas itu.

— BERNAMA

Baca: Kelahiran Ajaib, Bayi Ini Lahir Ketika Ibunya Dihempap Oleh Sebuah Lori Dalam Kemalangan

Van Bawa Diesel Kemalangan Dan Terbakar, Dua Yang Terlibat Rentung

Zalim ! OKU di pusat jagaan dipukul dan dipijak sehingga mati

—————————————————————————

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di

Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Share This Story

Berita Berkaitan