Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Piala Dunia Qatar 2022 bermula sehari awal, ini tarikh baru sepak mula perlawanan

Piala Dunia Qatar 2022 bermula sehari awal, ini tarikh baru sepak mula perlawanan. Piala Dunia 2022 akan bermula sehari lebih awal selepas FIFA bersetuju tuan rumah, Qatar melakukan sepak mula untuk kejohanan berkenaan.

Tuan rumah Piala Dunia bermain dalam perlawanan pembukaan sejak 2006.

Sebelum itu, biasanya juara bertahan akan memulakan aksi.

Namun tahun ini, kejohanan akan bermula dengan Senegal menentang Belanda pada Isnin, 21 November.

Perlawanan kedua membabitkan England bertemu Iran.

Dan tuan rumah, Qatar kemudiannya akan bermain pada hari yang sama iaitu perlawanan ketiga menentang Ecuador.

Namun Qatar mahu menjadi pasukan pertama beraksi.- BH

Piala Dunia Qatar 2022 bermula sehari awal ini tarikh baru sepak mula perlawanan
Jadual penuh perlawanan

Dan pertemuan menentang Ecuador akan dibawa ke depan iaitu pada Ahad, 20 November.

Perlawanan akan bermula pada kira-kira jam 7 malam waktu UK selain ada majlis pembukaan rasmi sebelum itu.

England menentang Iran akan terus berada dalam slot kedua hari berikutnya pada jam 1 tengahari manakala Senegal menentang Belanda adalah perlawanan ketiga pada malam itu. – AGENSI

Baca: Ibu bapa ini menyesal selepas bayinya maut menaiki motosikal 500 kilometer semata-mata ingin tengok bola

[Video] Kantoi curang dalam ‘live’ bola lelaki terkejut teman wanita siap duduk atas riba lelaki lain

Bola Sepak Eropah Dalam ‘Bahaya’ Jika Kelab Manchester City Dan PSG Tidak Dikawal

Share This Story

Berita Berkaitan