Proton Exora 2023 baharu kini lebih canggih dari Alza ?. Proton secara rasminya telah melancarkan model Exora 2023 di Proton KEB Auto Sdn. Bhd. TTDI di Kajang, Selangor hari ini.
Menurut , Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Abdullah, kenderaan pelbagai guna (MPV) tujuh tempat duduk itu telah menerima kemas kini untuk model tahun 2023 yang terdiri daripada penggayaan serba baharu yang merangkumi ciri-ciri penjualan uniknya.
Katanya, Proton Exora merupakan MPV buatan Malaysia pertama yang telah direka dan dibina dengan memikirkan keperluan rakyat Malaysia.
“Kemas kini terbaru pada Proton Exora 2023 initelah dinaik taraf dan membuatkan ianya lebih baik untuk semua pemandu dan juga penumpang.
“Dengan lebih 180,000 unit terjual sepanjang 13 tahun, Proton Exora adalah MPV segmen C dengan penjualan terbaik setakat ini, sehingga hari ini masih mengekalkan kedudukannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, antara kemas kini di bahagian luaran seperti logo Proton baharu di gril hadapan serta belakang dan ia dilengkapi dengan lampu LED cahaya siang, roda aloi bersaiz 16 inci.
“Selain itu model ini menggunakan kemasan dwi-tona, skirting sisi dan spoiler belakang, bumbung hitam dengan hiasan belakang berwarna hitam memberikan penampilan tersendiri.
“Ruang dalamanan dengan tujuh tempat duduk kulit, stereng pelbagai fungsi yang dibaluti kulit dan tempat letak tangan bahagian pemandu dan penumpang hadapan memberikan sentuhan mewah dan selesa,” tambahnya.
Jelasnya, sistem infotainmen dengan monitor skrin sentuh bersaiz tujuh inci dan Perintah Suara ”Hi Proton” yang kini popular. Navigasi dalam talian, penstriman muzik, ramalan cuaca, 4G dan Wi-Fi membolehkan pengalaman multimedia yang mewah.
“Tambahan lagi, sistem ini mempunyai sambungan telefon pintar untuk mencerminkan pautan dengan peranti Android,” jelasnya.
Proton menawarkan dua varian pada harga 1.6T Executive CVT RM62,800 manakala 1.6T Premium CVT, RM69,800 untuk Semenanjung Malaysia. – KOSMO! ONLINE
Baca: Apple beri amaran supaya kemaskini peranti Apple anda jika tidak….
Canggih ! Memperkenalkan Alza Baharu 2022 dengan perincian spesifikasi untuk semua varian
Bau kedai pun tak hilang lagi, Alza baharu pertama terlibat kemalangan