Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Rakyat Malaysia Nombor Tiga Paling Malas – Kajian

PEMALAS

Rakyat Malaysia Nombor Tiga Paling Malas – Kajian. Kajian Universiti Stanford meletakkan Malaysia sebagai negara “ketiga paling malas” berdasarkan kajian terhadap 717,527 orang yang memberi mereka gambaran sekilas tentang kehidupan orang di 111 negara di seluruh dunia.

Dalam kajian itu, penyelidik Universiti Stanford menyimpulkan bahawa terdapat ketidaksamaan dalam aktiviti fizikal yang menunjukkan bahawa ia adalah peramal kepada kelaziman obesiti.

Oleh kerana negara kita dilanda masalah obesiti, anda mungkin mempunyai bayangan tentang betapa rendahnya kedudukan kita dalam kajian tersebut.

Memfokuskan pada ketidakaktifan fizikal, seperti kekurangan berjalan kaki, berikut ialah cara Universiti Stanford meletakkan kedudukan negara:

Indonesia: 3,513 langkah/hari

Arab Saudi: 3,807 langkah/hari

Malaysia: 3,963 langkah/hari

Filipina: 4,008 langkah/hari

Afrika Selatan: 4,105 langkah/hari

Qatar: 4,158 langkah/hari

Brazil: 4,289 langkah/hari

India: 4,297 langkah/hari

Mesir: 4,315 langkah/hari

Greece: 4,350 langkah/hari

MALAYSIAPEMALAS

Memetik World Of Buzz, kajian itu berkata negara dengan obesiti rendah adalah di mana kebanyakan rakyatnya berjalan kaki setiap hari.

Namun begitu, terdapat jurang yang besar antara orang yang banyak berjalan kaki dan mereka yang berjalan sangat sedikit bertepatan dengan tahap obesiti yang lebih tinggi.

Bagaimana pula dengan jiran terdekat kita iaitu Singapura? Mereka disenaraikan antara negara dengan teraktif berjalan kaki setiap hari sekaligus meletakkan mereka di kedudukan ke-9, dengan Hong Kong mendahului carta pada 6,880 langkah/hari.

MENURUT WHO (ORGANISASI KESIHATAN SEDUNIA), JUMLAH LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL DALAM SEHARI MESTILAH SEKURANG-KURANGNYA SEKITAR 5,000.

Fikirkan apa yang perlu kita lakukan untuk meningkatkan kiraan langkah itu jika belum mencukupi kuota. Adakah pergantungan kita pada pengangkutan peribadi, mengehadkan kiraan langkah kita setiap hari?

Walau bagaimanapun, jika ini adalah penunjuk tepat untuk kelaziman obesiti, mungkin sudah tiba masanya kita biasakan berpeluh. – SabahNews

Baca: Undang-undang apakah ini ? Lelaki ini bunuh bayi tapi hanya kena penjara ?

Cadangan kerajaan ini beri berita gembira buat Mat Stopa dan rakan-rakan…

<a href=”https://kisahmalaysia.net/viral-ibu-kepada-pelajar-ini-berang-sekolah-tuduh-anak-sakit-jiwa-selepas-diganggu-psikopat/” title=”VIRAL ! Ibu kepada pelajar ini berang sekolah tuduh anak ‘sakit jiwa’ selepas diganggu psikopat” rel=”noopener” target=”_blank”>VIRAL ! Ibu kepada pelajar ini berang sekolah tuduh anak ‘sakit jiwa’ selepas diganggu psikopat

Share This Story

Berita Berkaitan