Rakyat menangis pemimpin Korea Utara isytihar ‘Kemenangan Cemerlang’ menentang Covid19. Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un semalam mengisytihar ‘kemenangan cemerlang’ dalam menentang COVID-19, selepas negara itu melaporkan tiada lagi kes baharu selama hampir dua minggu.
Agensi berita KCNA melaporkan, Jong-un mengumumkan ‘kemenangan dalam perang menentang wabak pandemik’, ketika mesyuarat bersama petugas kesihatan dan saintis.
Negara itu, yang mengekalkan sekatan ketat sejak pandemik bermula, mengumumkan penularan Omicron di Pyongyang pada Mei lalu, dan mengaktifkan ‘sistem pencegahan epidemik kecemasan maksimum’.
Korea Utara turut merujuk individu dijangkiti wabak itu sebagai ‘pesakit demam’ dan bukan pesakit COVID-19, berikutan kekurangan kapasiti saringan virus itu. Sejak 29 Julai lalu, Pyongyang merekodkan sifar kes baharu COVID-19.
Menurut KCNA, Jong-un menyifatkan kemenangan itu sebagai pencapaian bersejarah yang menunjukkan kepada dunia kehebatan negara itu, keupayaan rakyatnya serta budaya Korea Utara yang membanggakan.
Media itu turut melaporkan, hadirin bersorak selepas selesai ucapan itu, dan menangis mengingati khidmat Jong-un kepada rakyat Korea Utara untuk mencapai kejayaan berkenaan.
Korea Utara merekodkan hampir 4.8 juta jangkitan coronavirus sejak hujung April lalu, dengan hanya 74 kematian atau kadar kematian 0.002 peratus, lapor KCNA.
Negara itu memiliki sistem kesihatan antara yang paling buruk di dunia, dengan hospital kurang kelengkapan dan unit rawatan rapi (ICU), serta tiada ubat atau vaksin COVID-19, kata pakar.
Berbanding Korea Selatan yang memiliki sistem penjagaan kesihatan yang maju dan jumlah penduduk divaksin yang tinggi, negara jiran Korea Utara itu merekodkan kadar kematian 0.12 peratus berdasarkan data rasmi. – AFP
Baca: Seram ! Upacara Ma’Nene tradisi pelik di Indonesia ini masih lagi diamalkan di sana
Pakar Kesihatan beri amaran ‘pandemik’ terbaharu bakal melanda rakyat Malaysia