Ribut petir melanda 8 negeri hari ini – 23 Ogos 2022. Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan ribut petir dan hujan lebat dilaporkan di lapan negeri pada pagi ini sehingga pukul 11 pagi.
MetMalaysia memaklumkan, kawasan di utara melibatkan Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda) serta Pulau Pinang.
“Seterusnya, Selangor (Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Kuala Lumpur serta sekitar Putrajaya.
“Amaran ribut petir turut melibatkan Melaka dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru),” katanya pada hantaran Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE
Baca: Najib akan dipenjara 12 tahun ? Nasib Najib ditentukan hari ini
Bergaduh sampai mati di Pulau Pinang, warga Bangladesh jadi dalang
Kecoh ! Ahli bergaduh tak puas hati tak dapat jadi calon PRU