Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Rider penghantar makanan bakal diwajibkan ada lesen GDL – Menteri

Rider penghantar makanan bakal diwajibkan ada lesen GDL

Rider penghantar makanan bakal diwajibkan ada lesen GDL – Menteri. Kelulusan terhadap Rang Undang-undang (RUU) pindaan terhadap tiga peruntukan undang-undang pengangkutan jalan yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang, bakal menyaksikan penunggang perkhidmatan p-hailling diwajibkan memiliki lesen memandu vokasional (GDL).

Rider penghantar makanan bakal diwajibkan ada lesen GDL - Menteri

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, melalui pindaan undang-undang Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 [Akta 334] dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715], adalah had usia penunggang perkhidmatan penghantaran makanan itu daripada tidak kurang 21 tahun kepada tidak kurang 18 tahun.

Beliau berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lalu bersetuju supaya Kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan dan agensi-agensi bawahnya iaitu Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Negeri Sarawak untuk turut mengawal selia perkhidmatan kenderaan barangan yang disediakan oleh suatu perniagaan penghantaran, terutamanya yang menggunakan motosikal (perkhidmatan p-hailing).

Rider penghantar makanan bakal diwajibkan ada lesen GDL - Menteri

“Pindaan had usia ini akan membolehkan Keluarga Malaysia bekerja sebagai seorang penunggang motosikal p-hailing apabila mempunyai Lesen Memandu Kompeten dalam kelas motosikal dan seterusnya mendapatkan GDL bagi tujuan itu.

“Ketetapan ini seterusnya akan membuka peluang kepada lebih ramai menyertai sektor ekonomi gig untuk menjana pendapatan menerusi perkhidmatan p-hailing dan lain-lain platform perkhidmatan penghantaran.

“Ketiga-tiga Rang Undang-Undang bagi meminda akta terbabit akan dibentangkan untuk perbahasan dan kelulusan Parlimen pada dalam sesi akan datang,” katanya selepas sesi dialog bersama penunggang p-hailing, di kementerian itu, petang tadi.

Ka Siong berkata, penurunan had usia itu dibuat selepas melihat demografi di Malaysia selain penghantaran makanan kini menjadi punca rezeki yang penting termasuk remaja yang sudah tidak lagi bersekolah pada usia 18 tahun.

Beliau berkata, pihaknya juga faham ada sesetengah pihak termasuk penunggang p-hailing meminta tidak diwajibkan mengambil GDL, namun ia bagi memastikan semua penawar perkhidmatan berkenaan menghadiri kursus.

Katanya, ia juga bagi mengekang mana-mana pihak yang tidak mempunyai lesen sepatutnya daripada beroperasi tanpa memahami peraturan dan pematuhan undang-undang yang mengawal selia perkhidmatan berkenaan.

Selain itu, Ka Siong berkata, kementerian itu akan meneruskan sesi dialog bersama pemegang taruh selepas RUU pindaan itu bentangkan.

“Kita minta wakil daripada p-hailing, pengendali p-hailing (PHO) dan lain turut serta dalam libat urus ini kerana dalam ekonomi gig ini semua pihak perlu merapatkan saf,” katanya.

Ditanya siapa yang akan menguruskan untuk mendapatkan GDL, Ka Siong berkata, sama ada pemandu sendiri yang perlu memohon atau pengendali, ia akan diperincikan selepas ini oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Pada masa sama, beliau berkata, PHO perlu meningkatkan komunikasi dengan penunggang masing-masing bagi mengelakkan berlakunya pertikaian termasuk membabitkan pengiraan pembayaran perkhidmatan.

“Saya lihat mereka tidak faham cara pengiraan PHO. Contohnya pada Jun lalu, ada (pembayaran) yang tidak dikira dan kesilapan teknikal ini menjurus kepada apa yang berlaku (mogok),” katanya.

Sementara itu, Ka Siong berkata, APAD dan Bahagian Darat kementeriannya sudah diarahkan untuk duduk berbincang dengan komuniti penghantaran (e-hailing) dan pengendali e-hailing (EHO) membabitkan dasar sedia ada.

“Mereka diberi masa tiga bulan untuk panggil semua pemegang taruh sebab saya lihat dari surcaj mereka tidak faham. Jika ada dasar, ia perlu disemak,” katanya. – HMetro

Baca: Ramai tertanya kenapa Grab Food dan Food Panda mogok hari ni. Ini sebabnya?

Belajar pandai-pandai buat apa, jadi rider pun boleh dapat RM3,000 sebulan

Akibat Hina Islam, Rider penghantar makanan dipenjara setelah tak mampu membayar denda RM50,000

—————————————————————————

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di

Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Share This Story

Berita Berkaitan