Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Separuh pengguna telefon Android bertukar ke Iphone, kajian ini membuktikan ianya sangat tepat

Separuh pengguna telefon Android bertukar ke Iphone, kajian ini membuktikan ianya sangat tepat. Tidak dinafikan peranti iPhone sering dikaitkan dengan harga yang terlampau mahal namun dengan sejumlah ciri menarik yang ditawarkan membuatkan ia berbaloi. Malah, peranti iPhone terbukti mempunyai jangka hayat yang lebih lama berbanding mana-mana peranti Android.

apple

Berdasarkan kajian terbaharu, hampir 49% pengguna Android mempertimbangkan untuk beralih ke iPhone. Hal ini berikutan ciri keselamatan dan privasi yang ditawarkan oleh Apple dilihat jauh lebih baik berbanding Android.

Selain itu, tinjauan itu turut mendedahkan bahawa pengguna merasa lebih selamat menggunakan iPhone 13 Pro Max berbanding Samsung Galaxy S22 Ultra. Malah pada tinjauan yang dijalankan oleh Beyond Identity, seramai 1,003 di Amerika telah ditemu bual berkaitan tabiat dan sentimen keselamatan telefon pintar.

Bila bercakap berkaitan keselamatan sistem operasi, majoriti besar pengguna Apple merasa lebih selamat dengan iOS berbanding sistem operasi yang tersedia pada platform Android.

Malah dalam kajian yang sama, mereka mendapati sebanyak 33% pengguna Android dalam pertimbangan untuk menukar ke iPhone disebabkan ciri baharu yang bakal ditawarkan pada iOS 16. Antara ciri sekuriti yang dinantikan adalah ciri Lockdown mode iaitu perlindungan pada tahap ekstrem untuk pemilik peranti iOS. – The Vocket

kajian

Boleh baca kajian penuh di sini

Baca: Tragis ! Kanak-kanak maut disambar petir ketika berbual ditelefon sambil mengecas

“Benda ni dah berkurun dah ada kat sini” Netizen perli Mat Salleh yang teruja lihat ‘teknologi’ ini di Malaysia

Apple Pay Malaysia. Ini cara mudah macam mana nak gunakannya

Share This Story

Berita Berkaitan