Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Siap sedia dengan sebarang kemungkinan di Hari Merdeka ini

Siap sedia dengan sebarang kemungkinan di Hari Merdeka ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan laporan cuaca sempena sambutan Hari Kebangsaan sebagai persediaan orang awam merancang perjalanan pada hari tersebut.

Kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia melewati kawasan Dataran Merdeka dalam sesi raptai penuh Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2022 dalam tinjauan di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, hujan sepanjang hari dijangka berlaku di Selangor, Johor, Sabah, dan Sarawak pada Hari Kebangsaan, 31 Ogos ini.

“Bagi sebelah pagi, hujan beberapa kawasan diramalkan berlaku di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak (Bahagian Sarikei, Mukah, Bintulu, Miri & Limbang), Sabah dan WP Labuan.

“Bagi sebelah petang pula, hujan di beberapa tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diikuti Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

Tambahnya, pada sebelah malam, cuaca buruk diramal melanda Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Sarawak (Bahagian Kapit, Miri & Limbang), Sabah dan WP Labuan.

“Tempat-tempat lain yang tidak dinyatakan mengikut waktu dikeluarkan dijangka alami cuaca baik dan cerah,” katanya. – KOSMO

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Baca : Ustaz Kazim kongsi rahsia mengenai penyakitnya yang semakin serius

Diri sendiri terpalit dengan kes rasuah, kini anggap diri ‘mangsa’ ugutan pula

Tak ada benda lain nak curi, aiskrim pon jadi

Share This Story

Berita Berkaitan