Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Suami abai nafkah, gadai emas isteri sebab nak ‘keluar 4 bulan’ ikut tabligh undang kecaman netizen

TABLIGH

Suami abai nafkah, gadai emas isteri sebab nak ‘keluar 4 bulan’ ikut tabligh undang kecaman netizen. Tanggungjawab mencari nafkah sememangnya menjadi tugas suami, namun segelintir kaum Adam yang lepas tangan dalam menunaikan tanggungjawabnya memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anak.

Dalam satu ciapan, seorang wanita meluahkan perasaan tentang suaminya yang lepas tangan akan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga dan menjadikan agama sebagai alasan.

Dalam satu ciapan milik @pedoqpop, dia berkongsi tangkap layar mesej seorang wanita yang meluahkan perasaan tentang suaminya yang didakwa lepas tangan dan mengabaikan tanggungjawab.

Menerusi tangkap layar tersebut, difahamkan bahawa suami kepada wanita itu merupakan seorang pengikut tabligh yang sering keluar berdakwah.

“Aku isteri, ada anak kecil. Suami tabligh nak keluar selama empat bulan… berat hati nak lepaskan sebab anak masih kecil, kerja tak stabil dan aku hanya berniaga.

Hasil duit berniaga la aku hidup besarkan anak dan sara keluarga. Suami aku keluar empat bulan guna hasil niaga tu.

Banyak kali aku gaduh pasal tak izinkan dia keluar, tapi dia tetap lawan, kemudian salahkan aku dan cakap aku melawan dia serta tak tahu agama..”

Wanita tersebut dalam mesej yang dihantar berkata, oleh kerana suaminya selalu menyentuh perihal agama, dia terpaksa berdiam diri demi mengelakkan pergaduhan.

Bukan itu sahaja, wanita itu juga meluahkan rasa kesaI akan suaminya yang tidak mempunyai sumber kewangan sendiri sehingga pernah meminta isterinya menggadai emas untuk mengikuti jemaah tabligh.

“Dia nak keluar tapi duit tak ada. Sampai tahap suruh aku gadaikan barang kemas supaya dia ada duit belanja ke sana..”

Walaupun tidak rela, dia masih menuruti kehendak suaminya itu kerana sering dimarahi serta dituduh kedekut kononnya tidak mahu berkorban ke arah agama.

Suami 'keluar 4 bulan' ikut tabligh abai nafkah anak bini, paksa isteri jual emas undang kecaman netizen

Dakwa wanita itu, dia ditinggalkan berseorangan menjaga anak-anak tanpa diberi sebarang nafkah.

“Dia cakap aku kedekut sebab tak nak tolong dia. Pada masa sama dia cakap, jangan risau pasal duit kerana sepanjang keluar jalan Allah… rezeki akan murah dan Allah permudahkan urusan.

Tapi yang tanggung beban tu nanti adalah aku. Dia tiada! Akulah yang kena beli barang kedai, nak masak dan jaga anak lagi… macam tiada suami.

Lebih teruk lagi, sepanjang tempoh suaminya mengikuti jemaah tabligh, wanita itu perlu mengumpul duit bagi membayar pinjaman kereta, serta menanggung kos perbelanjaan lain termasuk sewa kedai.

Menjengah ke ruangan balas ciapan tersebut, rata-rata pengguna turut tidak berpuas hati dengan tindakan suami itu, serta ramai yang mencadangkan agar wanita itu untuk tinggalkan sahaja suaminya.

Suami 'keluar 4 bulan' ikut tabligh abai nafkah anak bini, paksa isteri jual emas undang kecaman netizen

Semoga suami tersebut sedar akan kesilapannya dan kembali menjalankan kewajipannya pada isteri dan anak-anak. Golongan lelaki sebeginilah yang menyebabkan golongan ‘tibligh’ dipandang serong oleh masyarakat.

Sumber: Twitter @pedoqpop

Baca: Nenek 5 cucu mati diperkosa jiran sendiri

Seram ! Selepas menonton filem Pengabdian Setan 2, orang ramai serbu rumah pangsa lama ini

Teruk dikecam netizen, penganjur himpunan RX-Z gagal ?

Share This Story

Berita Berkaitan