“Jiwa saya cukup terseksa kerana isteri sangat ‘gengster’ hinggakan sepak terajangnya ibarat dah jadi ‘makanan’ buat saya.”
Itu luahan hati seorang eksekutif sebuah syarikat swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Salman, 37, menjadi mangsa si isteri sejak empat tahun lalu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Salman berkata, pada awal perkahwinan, mereka bahagia namun tidak menyangka sikap si isteri yang berusia 34 tahun, kemudian berubah apabila semakin panas baran tidak bertempat.
“Keadaan semakin buruk apabila dia berani belasah dan sepak terajang saya setiap kali kami bertengkar.
“Namun, saya tak melawan sebab dia ugut akan bunuh diri,” katanya.
Salman juga mengesyaki isterinya menghidap bipolar yang agak serius
Kes yang dialami Salman dilaporkan kepada Persatuan Hak Bapa Malaysia pada tahun lalu.- SinarHarian
Baca: Ganas ! Isteri ikat dan pukul suami sehingga mati
Tak puas hati rambut kena potong pelajar pukul cikgu dengan batang penyapu
Remaja 19 tahun pukul lelaki dengan kayu selepas ditegur kencing bersepah
—————————————————————————
Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9