Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Subuh dah kena beratur panjang, tiket pula mahal lepas tu kena ‘scam’ dengan penganjur…

SCAMBILLIE

Subuh dah kena beratur panjang, tiket pula mahal lepas tu kena ‘scam’ dengan penganjur…Konsert Billie Eilish Happier Than Ever – The World Tour 2022 telah menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil semalam dan Billie Eilish telah menghiburkan peminatnya selama sejam 30 minit dengan persembahan yang bertenaga.

Walaupun konsert tersebut meriah tetapi ada peminat kurang berpuas hati dengan pengurusan konsert yang seolah-olah menipu duit mereka. Menjengah ke media sosial, penonton yang menghadiri konsert untuk di zon 1 sehingga 4 terpaksa melihat Billie Eilish daripada jauh kerana pentas yang kecil.

Tidak hanya itu, para peminat juga berasa kecewa dengan ‘sound system’ yang digunakan kerana mereka tidak mendengar suara Billie Eilish dengan jelas. Walaupun berasa kecewa tetapi para peminat tetap ‘enjoy’ dengan konsert tersebut.

Keluhan mereka yang menghadiri konsert Billie Eilish ini telah meraih perhatian orang ramai dan segelintir netizen berasa bimbang jika konsert yang mereka akan hadiri kelak seperti konsert Justin Bieber akan berdepan situasi yang sama.

Oleh itu, rata-rata netizen berharap pihak penganjur akan menambah baik dan memastikan konsert akan datang tidak berdepan situasi seperti ini atau boleh memilih tempat lain seperti Axiata Arena untuk memuaskan hati mereka yang menghadiri konsert.- The Vocket

Baca: Billie Eilish membawa agenda LGBT di Malaysia ?

Selamba Billie Eilish mencarut di konsert malam tadi..

Artis ini sudah lama meninggal namun sampai hari ini orang masih sebut kebaikan dia

Share This Story

Berita Berkaitan