Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Syaitan bertopeng manusia, guru Quran rogol remaja perempuan OKU beberapa kali sebelum diselamatkan pihak berkuasa

GURU

Syaitan bertopeng manusia, guru Quran merogol remaja perempuan OKU beberapa kali sebelum diselamatkan pihak berkuasa. Seorang guru mengajar al-Quran etnik Rohingya ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan remaja perempuan.

Suspek ditahan dalam serbuan di Kampung Sat, di sini, kelmarin, selepas menerima laporan berkaitan orang hilang membabitkan remaja autisme di Kulai, Johor.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata berpandukan kedudukan mangsa yang sempat menghantar lokasi melalui telefon bimbit kepada ahli keluarganya, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah membuat serbuan pada jam 2.15 petang.

“Mengikut keterangan mangsa, dia dibawa oleh seorang lelaki yang dikenali menerusi Whatsapp menaiki bas dari Skudai, Johor ke Tanah Merah pada jam 9.30 malam Sabtu lalu.

“Mangsa memaklumkan, sepanjang tempoh 14 hingga 18 Ogos lalu, dia dirogol beberapa kali oleh suspek dan sebaik diselamatkan pihak berkuasa petang kelmarin, mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, suspek yang berumur 23 tahun dikatakan mengajar al-Quran dan semakan kesahihan sudah dibuat.

Katanya, suspek direman tujuh hari bermula semalam hingga 25 Ogos untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.- Berita Harian

Baca: Buas ! Pemain bola ini bangga cerita dia pernah melakukan s3ks dengan 10,000 orang wanita

Malang ! Wanita OKU dirogol di dalam tandas

Gila ! Pengetua sekolah agama rogol 13 pelajar sampai hamil

Share This Story

Berita Berkaitan