Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Tak cukup gaji, pensyarah ini makan rasuah pula !

PENSYARAHRASUAH

Tak cukup gaji, pensyarah ini makan rasuah pula ! . Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) dan adik lelakinya masing-masing dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan didenda RM807,475 oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini, hari ini selepas didapati bersalah atas sembilan pertuduhan kes salah guna kedudukan pada 10 tahun lalu.

Hakim Zulhazmi Abdullah menjatuhi hukuman itu terhadap Prof Badaruddin Mohamed, 56, dan Mustafa Kamal, 50, selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah di akhir prosiding pembelaan kes hari ini.

rasuah

Dua beradik itu turut berdepan hukuman penjara antara sebulan hingga enam bulan mengikut pertuduhan jika gagal membayar denda terbabit.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Azlan Basri, manakala dua beradik berkenaan diwakili Shamsul Sulaiman.

Ketika prosiding, Shamsul memohon supaya mahkamah menangguhkan hukuman terhadap kedua anak guamnya itu kerana pihaknya akan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi.

Hakim membenarkan permohonan berkenaan dengan membenarkan hukuman itu ditangguhkan dan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing sebanyak RM8,000.

Selain itu, mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh menyerahkan pasport, selain melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan sehingga kes rayuan selesai.

rasuah

Pada Oktober 2018, Badaruddin mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas sembilan pertuduhan salah guna kuasa dan kedudukannya mendapatkan suapan dengan meluluskan syarikat milik adik kandungnya, MK Urusniaga (M) Sdn Bhd untuk membekalkan pelbagai barangan bagi jabatan tempat dia bekerja.

Ia membabitkan pembelian barangan seperti kamera dan barangan pejabat yang keseluruhannya bernilai RM160,163.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Komunikasi Strategik dan Sustainable Tourism Research Cluster, USM di Georgetown dekat sini, antara September 2011 hingga November 2012.

Badaruddin didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

Mustafa Kamal pula didakwa atas pertuduhan bersubahat di tempat dan lokasi sama mengikut Seksyen 28(1)(c) akta sama.- HMetro

Baca: Memalukan ! Dahlah terpalit rasuah LCS, kini filem Tamil ini pun kutuk Malaysia terkenal dengan rasuah

Memalukan ! Dahlah terpalit rasuah LCS, kini filem Tamil ini pun kutuk Malaysia terkenal dengan rasuah

Rasuah politikkah ini ? Diskaun 50% rumah mampu milik jika BN menang

Share This Story

Berita Berkaitan