Terlibat 13 pertuduhan rasuah di Mahkamah, pemimpin UMNO sekali lagi masuk hospital. Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan sekali lagi keputusan rayuan bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bagi membatalkan 13 tuduhan menerima rasuah dan pengubahan wang haram dihadapinya.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said bersama Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali menetapkan perkara itu selepas pembelaan memaklumkan Abdul Azeez tidak dapat hadir ke mahkamah kerana sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Pada 1 Julai lalu, pembelaan memohon keputusan rayuan bekas Pengerusi Tabung Haji itu bagi membatalkan tuduhan berkenaan di Mahkamah Rayuan, ditangguhkan.
Peguam, Amer Hamzah Arshad, berkata ia bagi memberi ruang dan masa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap penemuan fakta serta bukti baharu kes itu yang diserahkan oleh pihaknya kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Abdul Azeez, 54, yang juga Ahli Parlimen Baling menghadapi tiga tuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram mencecah jutaan ringgit.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 serta dibaca bersama seksyen 16(a)(A) dan seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.- Berita Harian
Baca: Tak cukup gaji, pensyarah ini makan rasuah pula !
“Ramai lagi orang politik yang Rasuah belum dibicarakan” – Tun Mahathir