Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

TS Khalid Ibrahim Ini jasa besar beliau menyelamatkan ekonomi Malaysia yang ramai tak tahu

TS Khalid Ibrahim Ini jasa besar beliau menyelamatkan ekonomi Malaysia yang ramai tak tahu

Pemergian bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat negara.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, Allahyarham merupakan tokoh korporat yang amat disegani terutamanya ketika berperanan dalam pengurusan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dari 1979 hingga 1994.

“Allahyarham juga akan dikenang sebagai mantan Menteri Besar Selangor yang memimpin Kerajaan Negeri Selangor selepas gabungan pembangkang menewaskan Barisan Nasional di Selangor buat pertama kalinya dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008.

“Kepimpinan beliau dalam melaksanakan pelbagai dasar baharu di Selangor telah melonjakkan hasil dan rizab kerajaan negeri.

“Peningkatan hasil ini membolehkan pelbagai dasar kebajikan untuk rakyat dapat dilaksanakan di Selangor sejak 2008 sehingga sekarang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca: Bekas Menteri Besar Selangor meninggal dunia

Pekerja Ladang Meninggal Dunia Akibat Dipijak Gajah Di Temerloh

Artis ini sudah lama meninggal namun sampai hari ini orang masih sebut kebaikan dia

Share This Story

Berita Berkaitan