Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Tun M dimasukkan ke IJN, positif Covid

Tun M dimasukkan ke IJN, positif Covid. Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas disahkan positif Covid-19 hari ini.

Dalam kenyataan, pejabatnya berkata, bekas perdana menteri berusia 97 tahun itu akan berada bawah pemantauan selama beberapa hari, atas nasihat pasukan perubatan.

Pada 16 Dis 2021, Mahathir dimasukkan ke IJN untuk menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh.

Ahli Parlimen Langkawi itu dibenarkan pulang pada 23 Dis lalu, selepas menjalani “satu siri siasatan perubatan”.

Pada 7 Jan lalu, beliau sekali lagi dimasukkan ke IJN untuk menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenarkan pulang enam hari kemudian.

Pengerusi Pejuang itu dirawat di Unit Rawatan Koronari IJN pada 22 Jan lalu dan dibenarkan pulang pada 4 Feb.

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Baca : R*gol dan bunuh gadis bawah umur dikawasan perkuburan, tiga lelaki berdepan hukuman berat

Kejam! Lelaki ini penggal kepala ibu sendiri buat sup lada

Pelajar pecah gegendang telinga dibelasah di sekolah

Share This Story

Berita Berkaitan