Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Ustaz Kazim kongsi rahsia mengenai penyakitnya yang semakin serius

Ustaz Kazim kongsi rahsia mengenai penyakitnya yang semakin serius. Baru-baru ini, Ustaz Kazim Elias tampil dengan memakai topeng yang menutup majoriti bahagian muka ketika menyampaikan ceramah dikatakan akibat penyakit kulit.

Terkini, beliau memaklumkan bahawa akan menjalani rawatan penyakit yang dihadapinya di negara Arab selama lima hari.

Memetik laporan Sinar Harian, Ustaz Kazim menerangkan penyakit yang dahulunya hanya di bahagian kaki kini telah merebak sehingga ke seluruh badan dan muka membuatkan beliau terpaksa memakai lima lapisan bedak asas untuk melindungi muka daripada cahaya matahari.

Kalau dahulu bahagian kaki sahaja kini sudah satu badan hingga naik ke muka. Keluar rumah saya akan pakai lima lapisan bedak asas tebal untuk melindungi muka daripada cahaya matahari dan sebagainya.”

Tambahnya lagi, doktor juga menyarankan supaya tidak mendedahkan bahagian badan secara terus kepada cahaya matahari.

Ustaz Kazim Elias turut memberitahu beliau pernah menerima tawaran menjalankan rawatan ke luar negara.

Saya terima tawaran dari India, Turkey dan negara Arab. Saya pilih Arab.

Bercerita lebih lanjut tentang penyakit yang dialami, Ustaz Kazim menerangkan keadaan kulit itu menyebabkan dia berasa sakit, gatal dan pedih, malahan membuatkan beliau tidak boleh tidur sejak beberapa bulan lalu.

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Baca : Banjir punca Roti Gardenia naik harga – CEO Gardenia

Nak kata Najib tak bohong, tak bersalah ? Mahkamah tu ‘tunggul kayu’ kah ?

Orang Melaka dah boleh ‘claim’ yang anak jati Melaka ini memang power !

Share This Story

Berita Berkaitan