Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

[Video] Berani buat aksi ini berani tanggung akibat. Pakar dedah risiko bahaya buat aksi ‘Bungee-Jumping’

[Video] Berani buat aksi ini berani tanggung akibat. Pakar dedah risiko bahaya buat aksi 'Bungee-Jumping'

[Video] Berani buat aksi ini berani tanggung akibat. Pakar dedah risiko bahaya buat aksi ‘Bungee-Jumping’. Pakar dedah risiko bahaya buat aksi ‘Bungee-Jumping’. Kalau ajak buat aktiviti lasak, bukan semua orang nak ikut serta lebih-lebih lagi mereka yang takutkan ketinggian.

Memang kebanyakan aktiviti lasak berada di kawasan tinggi seperti mendaki, flying fox, bungee jumping dan sebagainya.

Bercakap tentang bungee jumping, ramai yang gemar melakukan aktiviti mencabar ini tetapi tahu tak sebenarnya kalau salah langkah, boleh membahayakan kesihatan anda.

Baru-baru ini, seorang pakar mata memuat naik satu video di laman TikTok miliknya (Shahrizal Redwan) berkongsi kisah seorang gadis berusia 24 tahun yang cedera pada mata selepas menyertai aktiviti bungee jumping.

@shahrizalredwan #optometrist #tiktokguru #jombelajar #learnontiktok #KekalSihat ♬ Sad Emotional Piano – DS Productions

Dalam video berkenaan, Shahrizal menunjukkan keadaan mata wanita tersebut yang dilihat begitu merah oleh kerana berlaku pendarahan di bahagian belakang mata.

Menurut Shahrizal, satu kajian pernah dilakukan dan mendapati 84.2% individu yang melakukan aktiviti berkenaan akan mengalami keadaan sedemikian.

Walaupun selepas beberapa tempoh, mata akan kembali kepada keadaan normal tetapi buat mereka yang mempunyai rabun agak tinggi, akan terjadi satu lagi kes di mana lapisan dalam mata terkoyak dan pandangan menjadi kabur.

Tapi kalau anda memang teringin sangat nak cuba aktiviti ini dan nekad melakukannya, Shahrizal menasihati orang ramai untuk tidak menahan nafas ketika anda sudah berada di dasar dan tali menegang.

Di ruangan komen, majoriti pengguna media sosial pun baru tahu tentang risiko aktiviti bungee jumping yang dikongsikan oleh pakar mata ini.

Selepas baca perkongsian tersebut, ramai yang mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada melakukan aktiviti bungee jumping ini.

[Video] Berani buat aksi ini berani tanggung akibat. Pakar dedah risiko bahaya buat aksi 'Bungee-Jumping'

Ada juga yang bertanya kalau dah pakai ‘goggle’ dan memejam mata pun boleh menyebabkan pendarahan ke?

Jawapannya YA!

Senang kata sebelum buat apa-apa, kaji selidik dulu sebarang risiko. Nak have fun pun kena berwaspada juga ya semua. – The RakyatPost

Baca: Akibat tukar jantina, gadis ini terima akibat risiko terkena kanser

5 perkara ini jangan buat selepas makan, no.2 paling tak sangka

Hati-hati makan jajan ini, kanak-kanak ini melecur setelah api keluar daripada makanan ini

—————————————————————————

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di

Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Share This Story

Berita Berkaitan