Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

[Video] Kantoi curang dalam ‘live’ bola lelaki terkejut teman wanita siap duduk atas riba lelaki lain

Kantoi curang dalam ‘live’ bola lelaki terkejut teman wanita siap duduk atas riba lelaki lain. Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila Pemuda bernama Fernand dari Indonesia mendakwa kekasihnya kantoi curang menerusi siaran langsung yang ditontonnya. Dia memberitahu semuanya kantoi apabila dia sedang menonton perlawanan bola sepak secara langsung di rumah.

Menerusi siaran yang ditontonnya itu, dia melihat kelibat teman wanitanya bersama-sama lelaki lain di stadium tersebut. Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu memuat naik perkongsian di Facebook dengan gambar kekasihnya yang dilihat duduk di atas rib4 seorang lelaki.

Menurutnya, wanita yang berada di dalam gambar itu merupakan kekasihnya yang sedang bermesra dengan lelaki lain. Dia mengakui berasa terkejut apabila jurukamera merakamkan gelagat teman wanitanya yang berada di kerusi penonton bersama lelaki yang tidak dikenalinya ini.

Fernand kemudian berkongsikan paparan gambar terbabit di media sosial dan mengucapkan terima kasih kepada page di Facebook itu yang menayangkan perlawanan bola sepak tersebut secara langsung. Dia memberitahu sekiranya tiada siaran langsung itu, pastinya dia juga tidak tahu teman wanitanya itu curang dan mempunyai kekasih hati yang lain.

“Hasil dari tadi saya bisa mengetahui bahawa pacar saya sedang menonton persik bersama pria lain…”

Video yang dimuat naik di Tik Tok itu juga kini menerima lebih dari tujuh juta tontonan setakat ini. Walaupun ada yang meragui kesahihan kejadian itu, netizen turut memberikan kata-kata semangat kepada lelaki itu untuk meneruskan hidupnya selepas apa yang terjadi.

Kantoi curang dalam 'live' bola lelaki terkejut teman wanita siap duduk atas riba lelaki lain

“Selamat anda terselamatkan.”

@kacuxhermawan setinggi tingginya bango terbang pasti ujung ujungnya jadi kecap#persik ♬ Tak Ingin Usai – Keisya Levronka

Baca: Hati-hati dengan Jurutera Petroleum, wanita ini jadi mangsa

Lagu ‘Sama akma’ yang viral di TikTok sangat bahaya digunakan, lelaki ini bongkar maksud sebenar lirik lagu itu

Jangan memandai-mandai angkat telefon dari nombor tak dikenali wanita ini kongsi pengalaman menakutkan

Share This Story

Berita Berkaitan