Kurang common sense. Lelaki ‘mengandung’ tunggu giliran di klinik terima kecaman netizen. Kecoh di media sosial Tik Tok baru-baru ini, rakaman di sebuah klinik kesihatan yang menjadi bualan ramai ini. Macam yang semua sedia maklum, apabila berada di tempat awam selalunya keutamaan perlu diberikan kepada warga emas, ibu mengandung dan kanak-kanak.
Malah semasa menaiki pengangkutan awam juga, ramai yang akan memberikan tempat duduk kepada golongan ini. Baru-baru ini pula, seorang netizen berkongsikan situasi yang berlaku di ruangan menunggu di sebuah klinik kesihatan yang menempatkan golongan ibu mengandung yang hadir untuk pemeriksaan.
Apa yang mencuri perhatiannya ialah tindakan segelintir kaum bapa yang dilihat tidak memberikan tempat duduk kepada golongan ibu mengandung. Menerusi video yang dikongsikan ini, kelihatan keadaan ruang menunggu itu yang penuh dengan pesakit yang kebanyakannya adalah ibu mengandung.
@mrdoraemon32wan APA NI!!!! yang bertelur tu mengandung jgak ke? agak la bai… #viral #fyp #foryou #hospitalibudankanakkanakhkl ♬ original sound – OhhhhFareeq
Dalam masa yang sama, ada juga ibu mengandung yang terpaksa berdiri semasa menunggu giliran gara-gara tiada kerusi kosong di situ. Pemilik video turut mengecam tindakan segelintir kaum bapa di sana yang siap boleh terlena di kerusi manakala ada ibu mengandung yang terpaksa berdiri semasa menunggu giliran.
Perkongsian video ini juga turut menjadi bualan ramai netizen di mana ramai sebenarnya yang selalu melalui situasi yang sama. Malah ada yang memberitahu ada kalanya jururawat terpaksa membuat pengumuman meminta para bapa memberikan keutamaan kepada ibu mengandung untuk duduk di kerusi.
“Selalunya nurse akan announce suruh ibu mengandung duduk, bapa-bapa berdiri bagi laluan.”
“Tegur je terus, biar dia sedar kerusi situ untuk ibu-ibu mengandung.”
“Kalau kena nurse tempat saya dia jerit kat situ jugak.”
“Baru je bebel pasal ni. Haritu pergi sederet tempat ambik. Yang ibu-ibu lain pulak kena berdiri tunggu.”
“B0d0h !” Tindakan bapa terhadap bayi ini undang kecaman teruk netizen
[Video] Ini punca kenapa Starbuck gagal di Israel
—————————————————————————
Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9