Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Zara Zye beri ‘hint’ hubungan lebih serius dengan Shuib

Zara Zye beri ‘hint’ hubungan lebih serius dengan Shuib. Zara Zya menyangkal dakwaan tindakan memuat naik foto dirinya bersama Shuib Sepahtu dalam media sosial hingga digosip bercinta, sebagai gimik perniagaan.

Sebaliknya, Zara atau nama sebenar, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 36, menjelaskan hantaran itu sekadar memenuhi permintaan peminat yang suka melihat mereka bersama.

“Saya pernah muat naik foto sendiri bersiap cantik-cantik. Namun, entri itu hanya mendapat beberapa tanda suka sedangkan pengikut di Instagram (IG) berjuta.

“Berbeza apabila saya kongsi foto atau video yang mempunyai cerita. Pengikut menonton dan memberi komen kerana entri seperti itu ada cerita yang boleh dibualkan.

Zara menyangkal dakwaan tindakan memuat naik foto bersama Shuib dalam media sosial hingga digosip bercinta, sebagai gimik perniagaan. Foto IG Zara Zya

“Lagipun, peminat memang suka hendak jodohkan kami (dirinya dan Shuib),” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran premis BubbleBee by Zara Zya di Bandar Tasik Permaisuri di sini, semalam.

Mengenai pandangannya terhadap Shuib, pelakon drama rantaian Risik Pada Hati itu menyifatkan Shuib lelaki budiman dan sering memberi sokongan kepada artis lain.

“Kami sudah lama berkenalan dan pernah bekerjasama. Dia baik dan banyak memberi motivasi serta bimbingan untuk saya ceburi perniagaan ini,” katanya.

Sebelum ini, Zara pernah dikait mempunyai hubungan cinta dengan beberapa lelaki antaranya usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa dan Azlee Khairi.

Zara pernah bertunang dengan pelakon Hafreez Adam, namun, putus sebulan kemudian.

Dalam pada itu, pelakon drama Honey-Moon ini tidak menolak sering diajukan soalan mengenai jodoh kerana ramai rakan artis seangkatan sudah menemui pasangan masing-masing.

“Mungkin kerana kawan-kawan lain sudah pun bertemu jodoh, jadi, mereka tunggu saya. Saya harapkan mereka mendoakan yang terbaik buat saya.

“Faktor umur juga membuatkan mereka tertunggu untuk tahu bila saya akan berkahwin.

“Saya tidak terbeban dengan perkara itu. Namun, kadang kala apabila penat bekerja, timbul rasa geram,” katanya.

Baca : Main gurau-gurau sampai kawan mati terus

Amaran ribut petir seluruh negeri

Parkir kereta Hospital Melaka yang baharu akan dipindahkan ke lokasi ini

Share This Story

Berita Berkaitan