10 buah kereta lesap kena samun di Melaka.“Suspek memecahkan cermin kereta dengan menggunakan objek keras sebelum melarikan barangan berharga,” katanya. Kebanyakan kereta yang terlibat yang diletakkan di tepi jalan di kawasan deretan kedai.
Polis kini giat memburu kumpulan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Sebanyak 10 buah kereta yang diparkir di sekitar daerah Melaka Tengah di sini dipecah penyamun dalam tempoh dua hari pada musim cuti persekolahan ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kegiatan jenayah itu berlaku pada kelmarin dan semalam melibatkan kerugian berjumlah RM20,000.
“Kita menerima 10 laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah berhubung kes pecah kereta pada 8 dan 9 September.
“Kejadian itu berlaku di sekitar Banda Hilir, Tengkera, Malim dan Batu Berendam. Pelbagai barangan berharga yang diletakkan di dalam kereta dilarikan dengan anggaran kerugian RM20,000,” katanya.
Beliau memberitahu, pihaknya percaya kegiatan itu dilakukan suspek sama secara berkumpulan dengan menyasarkan kenderaan yang mempunyai barangan di tempat duduk.
“Kita percaya mereka (penjenayah) bergerak menggunakan kereta sebelum berhenti dan berjalan kaki menuju ke kereta sasaran. -KOSMO
Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@kisahmalaysia?_t=8VTi1Qrzqqo&_r=1
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9
Baca : Helikopter ditemui namun juruterbang maut
Tak mustahil ada kerajaan campuran selepas PRU15
Dafi dapat berlakon sebab guna kabel anak PM?, ini komen Dafi