Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Ajaran ‘bercakap’ dengan duit untuk jadi kaya, ajaran sesat yang ramai tak sedar

Ajaran ‘bercakap’ dengan duit untuk jadi kaya, ajaran sesat yang ramai tak sedar. Pagi ni heboh ya ada seorang wanita ajar bercakap dengan duit supaya duit tu panggil kawan-kawan dia. Ini merupakan pengaruh Law of Attraction yang masuk tanpa sedar dalam masyarakat.

Mereka percaya bahawa duit ada ‘energy’. Yang cuba ‘Islam’kan idea ini, akan kata, duit ada ROH.

Jadi kena selalu cakap-cakap dengan duit. Cium duit. Simpan duit tempat elok-elok. Kalau dompet lusuh, kena tukar yang elok.

Inilah dia fahaman yang dibawa oleh Law of Attraction.

Sebab itu ada pakcik makcik yang masuk program motivasi, disuruh cium duit dalam program tu. Sebab tu ada kakak yang ajar ‘positif’ suruh cakap dengan duit paling besar nilai yang kita ada, minta duit tu ajak kawan-kawan dia datang.

Lebih teruk, perkara merepek karut sebegini cuba diIslamkan. Lalu diajarlah untuk ‘ruqyah’ duit yang ada, amalan ibu duit lah, dan lain-lain.

Sesiapa yang cuba mempertahankan ajaran duit ada energy ni, anda sedang merosakkan masyarakat.

Sesiapa yang cuba kaitkan ini dengan ajaran Islam, ia sedang rosakkan akidah umat Islam. Ini bukan ajaran Islam. Ini semua berasal daripada ajaran Law of Attraction yang membawa akidah kufur. Akarnya kekufuran, syirik. Jadi jangan cuba bawa masuk ke dalam umat Islam!

Segala masalah akar dan penyalahgunaan dalil dari kalangan pendokong Law of Attraction ini dibahaskan secara mendalam di dalam buku “Allah Bersama Sangkaan Hambanya=Law of Attraction?” boleh dapatkan di sini. – Sumber Facebook

Baca: Kena b0gel untuk mohon biasiswa, wanita akui ditipu ejen

Hati kering ! Wanita ini memang jenis tak sayang nyawa, sanggup buat demi sebotol air minuman

Member bawa kereta VIVA pun nak dengki…

Share This Story

Berita Berkaitan