Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Akaun ‘rahsia’ di Twitter ini jadi port berkongsi video dan gambar luc4h, remaja termasuk pelajar IPT terlibat

Akaun 'rahsia' di Twitter ini jadi port berkongsi video dan gambar luc4h, remaja termasuk pelajar IPT terlibat

Akaun ‘rahsia’ di Twitter ini jadi port berkongsi video dan gambar luc4h, remaja termasuk pelajar IPT terlibat. “Seramnya dak-dak Twitter zaman sekarang. Ada isteri orang pun jadi Dark Side juga. Contact balik Ex untuk berasmara dan, buat video lucah dan sebagainya.”

Seorang pengguna Facebook Cikgu Fadli Salleh mendedahkan di Twitter hari ini di mana platform yang menjadi ‘lubuk’ anak muda bermain media sosial berbanding platform lain itu telah berlaku penyalahgunaan media sosial yang amat teruk dengan kewujudan akaun ‘Dark Side’.

Akaun 'rahsia' di Twitter ini jadi port berkongsi video dan gambar luc4h, remaja termasuk pelajar IPT terlibat

Difahamkan akaun ‘Dark Side’ merupakan satu platform yang menunjukkan sisi gelap seorang pengguna sosial, di mana pengguna tersebut mempunyai satu lagi akaun Twitter yang memaparkan dirinya 180 darjah berbeza daripada dirinya di dunia realiti.

Menurut Cikgu Fadli atau Mohd Fadli Salleh, pada awalnya beliau tercari-cari akan masuk ‘DS’ perkataan yang diringkaskan daripada ‘Dark Side’ dan berfikir berkemungkinan ia ada kaitan dengan dropship atau sebagainya namun hasil penemuannya sangatlah mengejutkan apabila beliau mengetahui makna dan kegiatan disebalik DS.

Katanya, lebih merisaukan apabila ramai anak-anak remaja di sekolah menengah, penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan anak-anak gadis Melayu terjebak dengan platform kotor itu.

“Setelah lama menggali, akhirnya aku jumpa jawapan. Rupanya DS ni merujuk kepada Dark Side. Ramai anak-anak remaja di sekolah menengah, penuntut IPTA/IPTS dan anak-anak gadis Melayu ni bangsa DS.

Biasanya mereka buat satu fake account dan paparkan sisi gelap mereka. Biasanya berkenaan dengan seksual,” katanya pada Selasa.

Tambah beliau, menerusi platform tersebut pengguna media sosial menjual gambar bogel, membuat panggilan video lucah dan menggairahkan serta teks lucah, bahkan ramai di antara mereka juga berakhir di ranjang.

“Ada yang tak jual tubuh, tapi suka sama suka. Kenal sejam kat Twitter, terus ajak check in hotel. Esoknya ulang lagi dengan orang lain pula. Mereka tak nak ada komitmen hubungan boyfriend/girlfriend. Hubungan suami isteri jauh sekali.

Mereka hanya nakkan kepuasan. Kau puas, aku puas, so kita fine. Gilerrr lah,”katanya.

Situasi itu menimbulkan kebimbangan kerana terdapat juga wanita bergelar isteri yang kembali menghubungi bekas kekasih mereka untuk berasmara bahkan membuat video lucah dan sebagainya.

“Sampai tahap ini dah ke teruk generasi kita? Dah macam tak ada agama. Dan macam kat Amerika. Open sungguh cakap bab seks,” katanya yang jelas kesal berikutan terdapat juga remaja berusia 13 hingga 14 tahun turut berkeinginan untuk terjebak dalam perkara negatif itu.

Satu hal yang menyedihkan, apabila beliau turut berkata bahawa golongan yang terjebak dalam kegiatan haram ini sebenarnya bangga dengan perkara itu.

“Mereka bangga tunjukkan ‘dark side’ mereka. Bangga bertukar pasangan, amal seks bebas dan songsang.

Entah macam mana nak bendung gejala ini. Semoga ada cara dapat bendung gejala DS ini dari terus berleluasa.

Apa nasib anak bangsa dan generasi kita bila benda ni berterusan?” kata Cikgu Salleh yang sebelum ini dikenali bersuara lantang dalam menyuarakan nasib guru dan pelajar di media sosial namun hari ini mendedahkan sesuatu mengejutkan tentang sisi gelap pengguna Twitter yang berkemungkinan tidak semua ketahui lagi.

Sumber : Facebook Cikgu Fadli Salleh

Baca: Selepas 3 tahun tak tengok kapal terbang di Melaka, akhirnya….

Melaka dilanda banjir ! 22 kawasan ini terjejas

Selepas 3 tahun tak tengok kapal terbang di Melaka, akhirnya….

Share This Story

Berita Berkaitan