Anak beranak Mat Sakau ! Tunggakan cukai Najib dan anak berjumlah 1.7 bilion . Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan bekas perdana menteri, Najib Razak dan anaknya, Nazifuddin menangguhkan penghakiman ringkasan mahkamah yang memerintahkan mereka membayar tunggakan cukai lebih RM1.7 bilion.
Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan penangguhan itu selepas Peguam Kanan Hasil, Al-Hummidallah Idrus yang mewakili Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan mahkamah mereka tidak membantah permohonan itu.
Peguam Farhan Shafee yang mewakili dua beranak itu memberitahu mahkamah, LHDN dalam sesi pengurusan kes sebelum ini menyatakan persetujuannya untuk penangguhan sementara menunggu rayuan Najib dan Nazifuddin mencabar penghakiman ringkasan terhadap mereka selesai.
Hakim lain yang turut bersidang dengan Tengku Maimun adalah Mary Lim dan Rhodzariah Bujang.
LHDN memperoleh penghakiman ringkasan mahkamah terhadap mereka pada 22 Julai 2020, keputusan yang disahkan Mahkamah Rayuan pada September 2021.
Penghakiman ringkasan diberikan apabila mahkamah memutuskan pada peringkat awal bahawa defendan tidak mempunyai pembelaan terhadap tuntutan plaintif dan perbicaraan penuh yang perlu memanggil saksi untuk memberi keterangan tidak wajar.
Berdasarkan penghakiman itu, notis kebangkrapan difailkan terhadap Najib tahun lalu, selepas gagal membayar RM1.69 bilion. Nazifuddin juga dikenakan notis kebankrapan pada Mei.
Awal tahun ini, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan mereka dalam rayuan bagi mencabar tuntutan cukai RM1.7 bilion itu.
Najib terlalu ‘manja’ dalam penjara
Tiada keistimewaan buat Najib, kekal terima rawatan di Hospital Kerajaan seperti banduan lain – KJ