Anwar sekali lagi salahkan Tun Mahathir atas kekalahan PH sebelum ini ?. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia diketuai seorang pemimpin ‘bukan reformis’ dan tidak berminat melakukan perubahan.
Anwar berkata, situasi itu dapat dilihat selepas beberapa bulan gabungan itu mentadbir, politik Malaysia kembali kepada isu perkauman yang bertentangan dengan perjuangan PH yang membela rakyat berbilang kaum.
Beliau menjelaskan, perkara itu dapat dilihat melalui tindakan Dr Mahathir mengadakan pertemuan tertutup dengan beberapa menteri dan pemimpin Melayu
“Benar kerajaan PH dalam masa 22 bulan tidak benar-benar bersedia tetapi masalah utama kerana diketuai oleh seorang yang bukan reformis
“Dan selepas beberapa bulan ia terbukti, dia (Dr Mahathir) sebahagian daripada konspirasi mengembalikan isu perkauman termasuk (melalui) Kongres Kebangkitan Melayu.
“Kita cuba untuk melakukan perubahan tetapi sukar kerana yang mengetuai kerajaan ketika itu tidak komited,” katanya dalam satu sidang media di Bangkok sempena lawatan kerjanya sebagai Ketua Pembangkang ke Thailand, baru-baru ini.
Anwar yang juga Pengerusi PH menjelaskan walaupun beliau memperjuangkan kepentingan hak orang Melayu tidak bermakna hak kaum lain di Malaysia perlu diabaikan.
Katanya, prinsipnya tetap sama iaitu ketika kepentingan orang Melayu perlu dijaga dan dipertahankan, kaum lain tidak boleh disisihkan.
Beliau menyatakan Dr Mahathir pernah ditanya kenapa tidak menyerahkan kuasa kepadanya sebagaimana dijanjikan, bekas Perdana Menteri ketujuh itu menyatakan Anwar tidak layak kerana tidak mewakili parti orang Melayu sebaliknya mengetuai pelbagai bangsa.
“Dr Mahathir menyatakan hanya mereka yang mewakili parti majoriti Melayu yang layak menjadi Perdana Menteri dan apabila saya menyatakan parti saya disertai majoriti Melayu sebagai ahli ia tidak dapat diterima.
Ditanya peluang untuk PH memenangi pilihan raya umum akan datang, memandangkan Mahathir tidak lagi bersama gabungan itu, beliau kekal optimis peluang PH menjelang PRU15 dengan mengambil kira pertikaian dalam gabungan yang memerintah kini berikutan perbezaan pandangan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden BERSATU yang juga bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Baca: Bongkar ! Bekas pemimpin UMNO dedah pengkhianatan UMNO pada rakyat Malaysia
Kenapa tak maafkan sahaja Najib ! Mana budaya bermaaf-maafan orang Melayu? – Naib Presiden MCA
“Jangan tuduh ‘kegagalan’ kerajaan PH disebabkan Tun Mahathir seorang” – PEJUANG Muda