Ayah tak guna, anak dah terperosok tepi katil masih sempat sambung main game. Kehidupan berumah tangga memanglah tidak semudah yang disangka, namun jika masing-masing tahu tanggungjawab pasti tiada masalah.
Bila dah berkahwin, baik suami mahupun isteri perlulah saling bantu-membantu terutama sekali bila dah dikurniakan cahaya mata. Namun ramai lelaki di luar sana malah meletakkan tugas menguruskan anak semata-mata di tangan pasangan.
Dah tertonggeng kat celah katil sampai menangis
Situasi samalah turut terjadi kepada seorang wanita ini sehingga tular di TikTok. Dalam satu rakaman, anaknya yang masih kecil dilihat telah terperosok di celah katil sehingga berada dalam keadaan tertonggeng kepala di bawah. Mungkin kerana terkejut, kanak-kanak tersebut juga turut meraung dengan suara yang cukup kuat.
Sedangkan si suami ada je dekat sebelah tengah main game
Walau bagaimanapun, si ayah yang berada berdekatan malah tidak menghiraukan langsung tangisan anaknya itu. Lebih teruk lagi, lelaki tersebut dengan selamba meneruskan aktiviti bermain game di telefon bimbit. Kejadian tersebut menyebabkan wanita berkenaan merasa cukup sebak dan dapat dilihat air matanya bergenang sewaktu mendukung cahaya matanya itu.
@ikimas123 wanita mana yang gak sakit saat lihat anaknya jatuh dari tempat tdr sedangkan di sampingnya ada ayahnya yg asik main game
Kalau aku dah baling je handphone tu, lebih baik jadi janda hantar balik suami dekat rumah orang tua dia
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sedih melihat perkongsian daripada si ibu itu. Ramai turut meluahkan rasa marah dengan tindakan si bapa yang melepaskan tanggungjawabnya begitu sahaja.
Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9
Baca : Selepas mendedahkan lokasi MH370, lelaki ini bongkar pula gambar terkini mangsa pesawat
Aktiviti ‘rare’ ini anda mesti cuba apabila datang ke Langkawi