Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Banduan lain juga perlu rawatan terbaik, bukan Najib seorang sahaja – Lim Kit Siang

Banduan lain juga perlu rawatan terbaik, bukan Najib seorang sahaja - Lim Kit Siang

Banduan lain juga perlu rawatan terbaik, bukan Najib seorang sahaja – Lim Kit Siang. Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, kerajaan perlu memberi “rawatan perubatan terbaik” kepada bekas perdana menteri, Najib Razak yang sedang dipenjarakan serta semua banduan.

Lim berkata, keluarga Najib sudah merayu kerajaan memberikan rawatan perubatan terbaik kepadanya, selepas beliau dimasukkan ke hospital minggu lalu akibat ulser perut.

“Saya setuju sepenuhnya dengan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa, dan gesaan kepada kerajaan untuk memberikan rawatan perubatan terbaik kepada Najib ketika berada dalam penjara, hak yang harus diperluaskan kepada semua banduan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Najib dipenjarakan sejak 23 Ogos lalu, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukumannya dalam kes SRC International.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas disabitkan bersalah atas tujuh tuduhan penyalahgunaan kuasa, pengubahan wang dan pecah amanah membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Keluarga Najib merayu kerajaan membenarkan beliau diberikan rawatan perubatan sewajarnya, selepas beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Jumaat lalu.

Pegawai khasnya, Mukhlis Maghribi berkata, Najib menjalani ujian kolonoskopi pada Sabtu lalu dan doktor menemui ulser dalam perutnya.

“Najib memohon untuk pemerhatian di HKL, tetapi permintaanya dinafikan dengan doktor membenarkannya keluar (discaj), menukar ubat-ubatannya daripada ubat biasa yang diambilnya selama bertahun-tahun, dan menghantarnya pulang ke Penjara Kajang.”

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, panel pakar di hospital itu membincangkan kes Najib dengan keluarganya dan mereka bersetuju membenarkannya keluar hospital.

“Keadaan beliau juga sihat sebelum dibenarkan discaj daripada HKL,” katanya.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob kemudian mengarahkan Kementerian Kesihatan memberikan rawatan perubatan terbaik kepada Najib.- FMT

Baca: Selepas 3 tahun tak tengok kapal terbang di Melaka, akhirnya….

Kecoh ! Ibu trauma nampak ular merayap atas beg sekolah anak

Pengaruh Tun Mahathir masih kuat untuk tarik pengundi Melayu ‘atas pagar’ di PRU15

Share This Story

Berita Berkaitan