Baru tiga bulan masuk sekolah, cikgu dah berani buat benda ni. Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita mengadu anaknya dicubit oleh seorang guru di sekolah sehingga meninggalkan kesan merah pada badannya, lapor laman berita Suara.com semalam.
Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @terangmedia.
Menurut wanita berkenaan, anaknya menjadi trauma dan takut untuk ke sekolah untuk diajar oleh guru terbabit.
“Padahal masih belum 3 bulan masuk sekolah,” katanya.
Wanita itu menunjukkan kesan merah pada bahagian badan anaknya.
Sambil merakam, wanita itu didengari bertanyakan soalan kepada anaknya. Budak lelaki itu berkata bahwa kesan merah itu sakit jika ditekan.
Menurut guru tersebut, pelajar itu dicubit kerana berjalan dan bercakap ketika dia sedang mengajar.
Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Saya hairan dengan didikan manja ibu bapa zaman sekarang. Buat sekolah sendiri sahaja puan,” kata seorang netizen.
“Dulu saya dipukul dengan pembaris kayu besar sampai patah, sumpah sakit sangat,” tambah seorang lagi. – Agensi
Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9
Baca : Ayah tak guna, anak dah terperosok tepi katil masih sempat sambung main game
Selepas mendedahkan lokasi MH370, lelaki ini bongkar pula gambar terkini mangsa pesawat
Aktiviti ‘rare’ ini anda mesti cuba apabila datang ke Langkawi