Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Bekas pemimpin dedah sisi gelap Parti MUDA

Bekas pemimpin dedah Parti MUDA sebenarnya bukanlah apa digambarkan di media

Bekas pemimpin dedah sisi gelap Parti MUDA . Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) didakwa tidak membenarkan ahli-ahlinya lantang bersuara apatah lagi mengkritik kerana berdepan risiko ‘ditendang’.

Di Twitter beberapa bekas pimpinan MUDA negeri tampil berkongsi pengalaman tidak manis sewaktu bersama parti baru itu.

Meskipun MUDA masih mentah dalam arena politik tanah air dengan hanya berbekalkan satu kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) namun berdasarkan pendedahan tersebut terlihat MUDA begitu autokrasi.

Bekas Pengarah Biro Pemerkasaan Wanita MUDA Selangor dan merangkap bekas Ketua Parlimen MUDA Sungai Buloh, Farah Mahmud mendakwa, dalam MUDA mulut kena kunci.

Kalau MUDA Selangor lagi lah, kau lantang sedikit, terus pengerusi susun papan nak ‘eliminate’ kau senyap-senyap. Begitulah realiti,” ciapnya.

Selain itu, bekas Ketua Mahasiswa MUDA Pahang yang juga bekas MUDA dicabar namakan kerusi dan tunjukan kekuatan jentera – PKR

Ketua Parlimen MUDA Kuantan, Danial pula mendakwa, dalam MUDA Pahang bukan setakat tidak boleh kritik di media sosial malah jika kritik dalam mesyuarat online pun kena’mute’, kena ‘kick’.

Bahkan katanya kalau tanya soalan dalam kumpulan WhatsApp pun dikeluarkan, itu realiti katanya.

ADUN DAP Skudai, Marina Ibrahim juga turut berkongsi pengalamannya berurusan dengan MUDA.

“Aku sendiri dah kena bila kritik MUDA dulu, dua kali. Mengadu sana sini.

“Seharusnya MUDA bukan bersikap kanak-kanak, sampai bila takkan lupa,” ujarnya.

Baca: Pertemuan pemimpin BERSATU-PAS petanda UMNO akan jadi musuh politik PAS ?

MUDA dicabar namakan kerusi dan tunjukan kekuatan jentera – PKR

MUDA mahu sertai PH boleh tetapi ada syarat..

Share This Story

Berita Berkaitan