Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Berat jenayah Mat Bangla ni buat, memang kau tak lepaslah buat hal ni kat Malaysia

Berat jenayah Mat Bangla ni buat, memang kau tak lepaslah buat hal ni kat Malaysia.
Tukang cuci warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh rakan senegaranya berdekatan Kompleks Astaka Bukit Gedung, Bayan Baru, 21 Ogos lalu.

Tertuduh, Mohammad Imran Miah, 31, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang bekerja di negara ini sejak 2016 didakwa membunuh mangsa, Alam Safiq, 32, di atas jalan tar berhadapan Kompleks Astaka Bukit Gedung antara 9.30 malam hingga 11.17 malam.

Difahamkan Mohammad Imran dan mangsa yang juga bekerja sebagai tukang cuci mengenali antara satu sama lain dan mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Atikah Asharaf Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaanyang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan tarikh 23 November ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat.

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Baca : “Keluarga Najib akan jatuh miskin dengan denda sebanyak itu” – MKT UMNO

Hari-hari rosak, tak malu ke ?

Membaca provokasi lawan

Share This Story

Berita Berkaitan