Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Berita baik buat golongan OKU sepanjang bulan ini!

Berita baik buat golongan OKU sepanjang bulan ini! Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong mengumumkan orang kelainan upaya (OKU) boleh menikmati tambang percuma bagi semua perkhidmatan Prasarana selama sebulan bermula hari ini sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-65.

“Melalui kempen ini, kerajaan berharap dapat membantu golongan OKU dalam memenuhi kelangsungan hidup, khususnya bagi mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19,” katanya ketika membuat pengumuman itu di stesen MRT Pasar Seni.

Pemegang kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) layak menikmati perjalanan percuma selama 31 hari bagi semua perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan.

Berdasarkan statistik Prasarana, purata penggunaan bulanan bagi perkhidmatan bas dan rel dalam kalangan OKU masing-masing sebanyak 23,527 dan 26,762 orang.

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Baca : Kesian, awalnya berkenalan dengan dengan Doktor, selepas dua minggu…..

Budak ada ‘mata ketiga’ nampak sesuatu disebalik semak…

Sengaja cari pasal tunjuk ‘jari tengah’ pada polis, lelaki ini terima padah

Share This Story

Berita Berkaitan